Masak kerutuk adalah masakan istimewa orang orang Kelantan. Rempah kerutuk banyak dijual di sana dan biasanya lauk kenduri juga dimasak kerutuk. Kakak sulung saya memang suka memasak kerutuk pada hari raya terutama kerutuk Itik Serati yang memang kegemaran saya. Walaupun beberapa kali juga saya cuba memasak kerutuk, namun kejadiannya agak kurang memuaskan dan tidak sesedap kerutuk yang disediakan oleh kakak kakak saya. hahaha mana boleh lawan tokey kan?
Kali ini saya masih menggunakan daging korban yang dibawa balik dari kampung. Daging yang fresh menjadikan masakan sangat sedap. Selain dimakan dengan nasi putih, kerutuk juga sedap dimakan dengan nasi minyak, pulut kuning atau dicicah dengan roti sahaja. Pendek kata sedap dimakan dengan apa sahaja.
Jom tengok resepi jika ingin cuba memasaknya untuk hidangan keluarga tersayang. Jom layaann....
Kerutuk Daging
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Daging - potong kecil
3 sudu besar rempah kerutuk
2 bawang besar
5 bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar kerisik
Gula melaka
Asam keping
Garam
Santan
Minyak
Rempah penumis
Cara cara:
Kisar bawang bawang dan halia. Panaskan minyak dan masukkan rempah penumis serta bahan kisar. Boleh juga jika sedikit bawang dihiris bagi menjadikan kuahnya bertekstur campuran bawang tumis.
Masukkan rempah kerutuk yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis sehingga garing sebelum dimasukkan daging. Masak daging lama lama sehingga empuk dan keluar minyak.
Masukkan santan dan masak sehingga mendidih sebelum dimasukkan kerisik, gula melaka, garam dan asam.
Setelah keluar minyak bolehlah diangkat.
Nota:
Kerutuk mesti berasa sedikit manis, baru sedap.
Kuah kerutuk adalah warna gelap.

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar