Saya dan suami suka makan sup lidah kambing yang dijual di Restoran Mamak terutama Restoran Pelita. Anak kami, Nelly pulak suka makan lidah lembu yang digoreng. Semasa majlis korban di kampung baru ni, dia memesan supaya saya minta lidah lembu untuk dibawa balik. Oleh kerana lidah juga perlu di bahagi kepada 7 bahagian, maka terpaksa lah minta izin dari semua yang mengambil bahagian dalam korban supaya lidah tidak dipotong kecil. Akhirnya hajat dia tercapai.
Balik rumah, my hubby lah yang mengerjakan lidah itu seperti mencelur dan mengupasnya. Saya memang tak pandai bab ini. Seperti biasa, saya lebih suka memasak lidah dengan menggoreng garam kunyit sahaja. Lepas tu dimasukkan bawang besar dan cili hijau yang dihiris hiris kasar. Cili hijau pulak kalau nak sedap mesti guna cili hijau yang dibuat solok lada. Bukan cili hijau biasa tapi kalau di sini agak susah nak mendapatkan cili hijau solok tu, jadi bolehlah guna apa apa cili pun.
Jom kita tengok resepi mudah di bawah...
Lidah Goreng Garam Kunyit
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Lidah - potong kecil
Cili hijau
Bawang besar
Garam
Serbuk kunyit
Garam
Serbuk kunyit
Minyak
Cara cara:
Lidah yang dipotong dilumur dengan garam dan kunyit. Lepas tu, dimasukkan ke dalam kuali dan dimasak seketika sehingga air kering.
Masukkan minyak masak dan goreng sehingga lidah lembut. Masukkan bawang dan cili hijau yang dihiris. Goreng sehingga ianya layu.
Bolehlah diangkat dan dihidangkan panas panas.
Bolehlah diangkat dan dihidangkan panas panas.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar