Happy Anniversary....Surpriseeee

Bookmark and Share




Hari ini Nana dan Juita yang mengambil saya di pejabat. Selepas pejabat, kami telah ke Gulati untuk mencari kain shiffon untuk dibuat baju kerana hari sabtu nanti Nana akan ke tailor untuk fitting baju. Selepas tamat drama bersiri Cinta Mu Milik Ku, saya terus naik ke bilik untuk mandi dan bersolat. Hajat hati ingin tidur lebih awal sedikit. Belum pun sempat merebahkan badan, Nana memanggil turun kerana Zenn datang untuk mengambil kain untuk dibuat jahitan manik. Memang selama ini Zenn yang menjahit manik manik di baju saya dan sangat berpuashati dengan hasil kerjanya. Terasa malas untuk menyalin pakaian, saya hanya mencapai tudung dan terus turun berbincang dengan Zenn. Selepas Zenn balik, saya masuk ke bilik Nana sekejap apabila dipanggil keluar.



Surpriseee.... Kejutan yang dibuat oleh anak anak apabila mereka telah membeli kek untuk meraikan ulang tahun perkahwinan kami yang ke 25 esok iaitu 28 November. Saya yang langsung tidak menduga hanya berbaju tidur dengan langsung tidak berbedak. Alhamdulillah, saya merasa sangat terharu apabila anak anak berkongsi mengeluarkan duit poket masing masing untuk membeli kek ini. Syukur ke hadrat Illahi atas kurniaanNya selama ini. Walaupun kami hidup dalam penuh kesederhanaan, tetapi penuh kasih sayang dan anak anak saling menyayangi antara satu sama lain. Mereka memahami dan sanggup berkorban di masa masa susah dan tidak meminta minta. Sesungguhnya mereka anak anak yang baik. Terima kasih anak anak ku dan ingatlah Mama dan Papa sayang kalian semua dunia dan akhirat.




{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger