Daging goreng garam kunyit yang dimasukkan bawang besar dan cili hijau solok memang lauk kegemaran saya terutama jika menggunakan daging fresh. Hmmm sedap dimakan dengan nasi, dengan pulut kuning ataupun pulut pagi denga kelapa. Pendek kata makan dengan apa pun sedap, lebih lebih lagi meratah ratah gitu sahaja.
Cukup senang menyediakannya lebih lebih lagi jika kita mempunyai pressure cooker. Daging yang dilumur garam dan kunyit hidup direbus sekejap dan apabila airnya kering, tuangkan minyak masak. Goreng seketika sebelum dimasukkan bawang besar dan cili hijau ni. Saya suka cili hijau yang dibuat solok tapi tak pernah jumpa kalau ianya ada dijual di mana mana di sini.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar