Dengan Ramadhan yang tinggal beberapa hari lagi akan berlalu pergi, saya meminta Juita untuk membuatkan agar agar untuk dihantar ke surau sebagai hidangan pencuci mulut semasa berbuka puasa. Saya menghantar resepi melalui inbox di facebook. Setiba di rumah, agar agar sedang disejukkan di dalam peti sejuk. Selepas menyiram pokok pokok dan memberi ikan makan, hubby menghantarnya ke surau sementara saya pula memberi makan 2 ekor ayam hutan peliharaan kami.
Hanya selepas balik dari solat terawih, baru saya dapat merasa agar agar ini yang sangat sedap dan nyaman jer di tekak. Cuma jika lain kali, saya ingin gula dikurangkan mungkin ke 150 gram sahaja kerana ianya sedikit manis pada tekak saya yang memang dah tak suka lagi makan makanan yang manis manis seperti dulu dulu. Ini resepi untuk Fruit Coktail Pudding yang saya buat sebelum ini di SINI, menggunakan bahan yang sama tapi dengan sukatan yang sedikit berbeza.
Kali ini kami bersolat terawih di surau Seksyen 9. Selepas solat terawih dan witir, ada kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Tunggul Wahidin yang juga ustaz yang bersama sama kami semasa mengerjakan Haji pada November 2006 hingga Januari 2007 dulu. Ceramah yang sangat mantap dan sangat sangat menginsafkan berkenaan pengisian malam hari untuk menyambut malaikat di malam Lailatul Qadar yang turun ke muka bumi dari Maghrib sehingga fajar. Kita diminta supaya membuat solat sunat, membaca al Quran, berzikir dan selawat, bertadabbur dan banyakkan berdoa semoga segala amalan kita pada malam malam itu dibawa dicatat dan dimakbulkan Allah Taala.
Sebelum itu, semasa solat terawih Imam membacakan surah Ar Rahman yang di dalamnya disebutkan berulang ulang kali, Wahai manusia dan jin, yang mana satukah nikmat nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan? Doa yang dibacakan oleh Imam selepas solat terawih juga amat berkesan dan kena dengan kehidupan kita sehari hari. Saya dan ramai jemaah yang menangis terisak isak dengan penuh keinsafan betapa kerdilnya kita di muka bumi ini berbanding dengan nikmat dan rahmat yang Allah berikan.
Setiap hari mempalit dosa dosa besar dan kecil samada yang tidak disedari, tidak disengajakan, tidak diketahui dsb. Bermula dengan dosa kerana menyakiti hati kedua ibu bapa yang kemudiannya kita ditimpa ujian yang tanpa kita sedari adalah balasan dari segala kesilapan kita yang lalu terhadap mereka. Kita diinsafkan apabila Imam membawa kita ke peringkat kematian kita dari saat kaki mula menyejuk, bila kita dimandi dan dikeringkan, di usung ke kubur dan dimasukkan ke liang lahad, di kala saat mula tercium bau tanah adalah saat yang menakutkan apabila iman dan bekalan yang ada tidak mencukupi untuk dibawa pergi. Semoga ianya menjadi pengajaran kepada kita untuk mula bertaubat dan memohon keampunannya sebelum kita dijemput pergi. Nikmat Mu yang mana lagi hendak ku dustakan, Ya Allah?
Agar Agar Buah Buahan Koktail

Bahan-bahan :
10 gram serbuk agar-agar
1 tin buah buahan koktail - tapis dan buang air
200 gm gula kaster (guna 150gm)
650 ml air
250 ml susu cair
1 tin buah buahan koktail - tapis dan buang air
200 gm gula kaster (guna 150gm)
650 ml air
250 ml susu cair
Cara cara:
Masak serbuk agar agar, gula dan air sehingga agar-agar dan gula larut
Masukkan susu cair dan biar sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan masukkan buah buahan koktail.
Tuang adunan agar-agar ke dalam loyang/acuan yang disukai. Sejukkan seketika sebelum disejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar