Sotong Masak Kicap Pedas

Bookmark and Share





Hmmm jangan tak tahu, minggu ni minggu masak kicap. Sebabnya nak mudah, keduanya kekonon tak berselera makan lauk pauk berlemak di musim perayaan. Hahaha betul ke gitu atau memang malas nak memasak yang susah susah. Kan masak kicap ni mudah.


Masa balik dari kedai runcit beli ayam untuk dibuat rendang yang mahu dimakan dengan lemang, tengok hubby beli sekali 6 ekor sotong. Laaa apa nak buat ni? Baru beberapa hari lepas buat Sambal Tumis Sotong dan semalam pulak buat Ketupat Sotong. Jadi terus dapat idea untuk Masak Kicap Pedas Sotong pulak. Baru lengkap sebab baru ni dah buat ikan, ayam dan kali ini sotong. Lain kali buat pulak daging dan telur. Alahaaai senangnya hidup...

Jom tengok resepi dulu .... 




Sotong Masak Kicap Pedas

Bahan bahan:
6 ekor sotong  - hiris nipis
1 labu bawang besar - hiris bulat
1 biji cili hidup merah/hijau - hiris
1 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
Daun sadri/daun bawang - hiris
Susu pekat
Kulit kayu manis dan buah pelaga

Bahan sos:
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tomato
Sos tiram

Bahan bahan kisar:
1/2 labu bawang besar 
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis dan bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak.

Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati. Masukkan sedikit sahaja air kerana sotong akan mengeluarkan air yang banyak.

Setelah mendidih,  bawang besar dan cili hiris.  Akhir sekali masukkan sotong. Gaul-gaulkan seketika sebelum ditutup api. 

Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit hirisan daun sadri atau daun bawang.






{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger