Saya ingin kembali menyambung catatan pembinaan Villa Nur Qaseh. Entri sebelumnya boleh klik di SINI. Peringkat yang juga mencabar ialah peringkat plastering kerana ianya menentukan kecantikan rumah. Saya menghadapi kesulitan apabila segala galanya tidak dibuat secara do it right for the first time. Apabila pelan engineering itu sendiri tidak menghasilkan tiang yang cantik dan sesuai dengan dinding bata, menjadikan plaster dinding sukar diratakan. Banyak kali kerja kerja plaster terpaksa diulang dengan setengah tempat terpaksa di hack terlebih dahulu.
Pekerja Indon pula banyak ragam nya terutama bila mereka mengetahui yang kita memerlukan mereka. Ada satu kumpulan pekerja Indon yang ketika itu sedang bekerja di projek pembinaan super link berhadapan rumah kami telah menunjukkan lagak mereka dengan meninggalkan kerja separuh jalan bila ditegur supaya membuat penanda supaya plaster rata.
Memang banyak kumpulan pekerja yang digunakan dan mereka pula kebanyakannya bekerja sambil lewa sahaja. Saya terpaksa menggunakan pekerja lain untuk membaiki plaster yang sebelum ini tidak rata. Pendek kata, kerja kerja plastering sahaja dibuat berulang ulang kali dan kos yang terlibat tentunya lebih tinggi.
Lagi satu, plaster mestilah benar benar kering sebelum boleh dimulakan dengan cat asas. Tapi mereka tetap memulakan kerja mengecat kerana masing masing ingin membuat kerja yang lebih mudah.
Pemilihan cat rumah juga adalah sangat mencabar kerana saya tidak mahu membazir membeli cat dalam tin kecil semata mata untuk melihat warnanya. Saya membayangkan warna rumah yang diingini dan melawat juga perumahan di kawasan sekitarnya untuk melihat kombinasi cat yang digunakan. Saya memilih cat berwarna kehijauan untuk menjadikan rumah kami lebih berwarna pastel. Satu lagi hal yang memeningkan ialah untuk menentukan kombinasi cat antara satu bahagian dinding dengan dinding yang lain. Saya memang kena visualise dinding berkenaan untuk melihat samada kombinasi itu menjadi atau tidak.
Masa ni tingkap cermin belum dipasang sepenuhnya. Walaupun nampak mudah tapi untuk menyuaipadan cat amat lah membebankan fikiran saya kerana saya hanya mahu yang terbaik di dalam percubaan pertama. Begitu juga dengan topi tiang pagar yang asalnya berwarna putih, namun di saat akhir ditukar kepada warna brown bagi memberikan sedikit kelainan dari kebanyakan pagar pagar rumah orang lain.
Pembinaan gazebo adalah pembinaan yang akhir sekali dibuat. Saya berbelah bahagi kerana asalnya saya mahukan atap gazebo dari shingle kayu belian namun kesukaran untuk mencari menyebabkan saya menggunakan kayu balau laut merah yang setanding cengal sebagai atap.
Haaa yang di bawah ini pula ialah gambar selepas kami berpindah masuk. Perancangan saya menjadi apabila pokok pokok frangipani sudah besar apabila kami berpindah masuk.
Saya sebenarnya tidak serik untuk membina rumah sekali lagi jika diberi peluang kerana pengalaman pembinaan rumah ini mengajar saya selok belok pembinaan dan juga karenah pekerja binaan. Klik di SINI untuk catatan seterusnya.
Saya sebenarnya tidak serik untuk membina rumah sekali lagi jika diberi peluang kerana pengalaman pembinaan rumah ini mengajar saya selok belok pembinaan dan juga karenah pekerja binaan. Klik di SINI untuk catatan seterusnya.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar