Hari sabtu lepas, saya Masak Lemak Putih Terung yang dibawa dari Kelantan semasa balik beraya baru baru ini. Seperti biasa, setiap kali balik Kelantan, saya pasti singgah di pekan Jelawat membeli sedikit sayur sayuran yang sangat murah di sana untuk dibawa balik. Selain itu, saya juga membeli lada hijau yang memang khas dibuat Solok Lada. Kat Kelantan, cili dipanggil lada. Saya tak pernah jumpa kalau lada ini ada dijual di sini. Memang saya suka sangat lada ini, sedap dimasukkan ke dalam sayur lemak seperti ini atau dimasukkan bersama bawang besar ke dalam ayam atau ikan goreng. Harga sayuran di sana sangat murah, satu ikat besar yang bersaiz dua genggaman orang dewasa, baru RM5, timun batang satu plastik besar baru berharga RM12, begitu juga dengan ubi keledek yang kesemuanya dijual dalam plastik besar.
Terung yang saya beli ini adalah terung berwarna kehijauan kerana rasanya terung ini lebih lembut dan manis. Bila digandingkan dengan lada hijau solok, memang ngam sangat sangat. Apalagi dimakan dengan sambal Kelantan dan ikan kering goreng ke. Sedap ikan goreng keropok yang dibeli dari Sabah. Dari pagi, hubby sibuk melayan cina yang datang pasang cassette air cond kat bilik tidur saya. Kena panggil Boy menunggu di bilik tidur saya, sementara hubby turun makan. Di ruang menonton bilik saya telah pun dipasang air cond dinding tapi sebab bilik yang terlalu luas, saya rasa macam tak cukup selesa dengan air cond itu. Terima kasih tak terhingga pada my Laling Hubby yang sangat peka dengan apa sahaja yang menyentuh keselesaan saya.
OK lah dah panjang pula celotehnya, mari kita tengok cara saya membuat Masak Lemak Putih yang memang masakan yang disediakan oleh bonda saya sejak saya kecil kecil lagi. Cuma dulu semasa di kampung, bonda menggunakan ikan rebus yang ditumbuk dengan bawang merah. Kini saya hanya menggunakan ikan bilis sahaja kerana malas nak merebus ikan.
Masak Lemak Putih Terung
Bahan bahan:
Terung - hiris nipis
3 biji cili hijau
Ikan bilis
3 ulas bawang merah
Santan
Garam
Gula
Cara cara:
Masak santan dengan ikan bilis dan bawang yang dihiris sehingga hampir mendidih. Masukkan terung dan masak sambil terus dikacau sehingga kuah mendidih.
Masukkan sedikit garam dan gula. Sesuaikan rasa. Akhir sekali, baru dimasukkan cili hijau supaya ianya tidak terlalu layu.
Tutup api dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih yang dimakan dengan sambal belacan.
Terung - hiris nipis
3 biji cili hijau
Ikan bilis
3 ulas bawang merah
Santan
Garam
Gula
Cara cara:
Masak santan dengan ikan bilis dan bawang yang dihiris sehingga hampir mendidih. Masukkan terung dan masak sambil terus dikacau sehingga kuah mendidih.
Masukkan sedikit garam dan gula. Sesuaikan rasa. Akhir sekali, baru dimasukkan cili hijau supaya ianya tidak terlalu layu.
Tutup api dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih yang dimakan dengan sambal belacan.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar