Agar Agar Jagung Manis Berkrim

Bookmark and Share







Agar agar ini dimasak secara kebetulan sahaja dan memang tidak dirancang langsung. Hari saya ingin membuat Lemang Jagung di SINI, puas hubby mencari jagung manis mentah tapi tak dijumpai kerana kedai runcit masih banyak belum dibuka pada hari raya ke4 tersebut. Jadi hubby beli jagung di dalam tin dan saya berpesan supaya beli jagung yang bukan berkrim. Hubby beli mengikut apa yang diberi oleh adik di kedai runcit dan bila dibuka tin, ianya memang jagung berkrim. Bila saya masuk ke kitchen store, terjumpa 1 tin whole corn yang saya perlukan untuk membuat lemang.   Oleh kerana tin telah dibuka, tentunya tak boleh disimpan lama lama walaupun dalam peti sejuk. Itu yang saya  menyediakan juga Agar agar Jagung Berkrim untuk mengelakkan pembaziran.

Sukatan air dan sebagainya saya ikut apa yang tertulis di bungkusan agar agar bertali, manakala untuk gula pula, saya masukkan sedikit sedikit dan merasa sehingga ianya menepati kemanisan yang sesuai dengan selera saya. Mudahkan? Lepas tu campakkan jagung manis ke dalamnya. Susu cair yang ada hanya 100ml, jadi saya masukkan juga dan mengurangkan air supaya jumlah keseluruhan cecair tetap sama seperti yang disarankan di pek pembungkus. 

Jom tengok resepi dan kejadian agar agar saya hari ini. Layaaannn...




Agar Agar Jagung Manis Berkrim
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
1 pek Agar-agar bertali
1300 ml air 
3/4 cawan gula pasir
3 sudu besar tepung kastard
1 tin Jagung manis berkrim
100 ml susu cair 

Cara-cara
Masakkan agar agar dengan air sehingga agar-agar hancur. Masukkan gula dan masak seketika sehingga gula larut. Rasakan kemanisannya.

Masukkan jagung dalam tin. Akhir sekali masukkan susu cair yang dibancuh dengan tepung kastard. Kacau rata. 

Tuangkan adunan ke dalam loyang/bekas dan biarkan sejuk.






{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger