Hari jumaat lepas, saya memasak Ikan Bawal Emas Masak Kicap Pedas di SINI. Di situ rakan blogger saya di Engineers Love Cooking beri komen yang jika diletak susu pekat dan sedikit lada hitam menjadi Ayam Masak Black Rose. Pagi semalam semasa ke masjid, tanya hubby apa nak masak ayam tapi dia hanya mendiamkan diri bila saya menyebut Kari Ayam atau Ayam Masak Merah. Oleh kerana tak tahu apa yang dimasak dengan ayam yang hubby beli di Pasar TTDI, saya pun terfikir untuk mencuba apa yang disarankan. Hmmm boleh tahan juga sedapnya.
Kalau semasa memasak ikan, saya meletakkan sedikit gula tapi hari ini digantikan dengan susu pekat manis. Satu kuali besar yang dibuat, laju jer hubby dengan anak anak makan. Aween makan menambah nambah dan makan berulang ulang kali. Saya rasa sungguh seronok bila mereka suka apa yang saya masak. Kebetulan saya mengupas ubi kentang untuk dibuat begedil, jadi sebiji saya hiris nipis, goreng dan masukkan sekali ke dalamnya. Sedaaap ni, tak tipu nyeer. Kalau tak caya, cuba buat sendiri dan rasa sendiri. hahaha boleh gitu pulak ya...
Di samping Ayam Masak Kicap Pedas ni, saya juga membuat Masak Lemak Putih Terung dan Begedil Ayam di SINI untuk hidangan tengahari kami di hujung minggu.
Jom kita tengok resepi dulu...
Bahan bahan:
Ayam - lumur garam kunyit dan goreng
1 biji ubi kentang - hiris nipis dan goreng
1 labu bawang besar - hiris bulat
1 biji cili hidup merah/benggala - hiris
1 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
Daun sadri/daun bawang - hiris
Susu pekat manis
Lada hitam - tumbuk kasar
Rempah penumis: Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
Ayam - lumur garam kunyit dan goreng
1 biji ubi kentang - hiris nipis dan goreng
1 labu bawang besar - hiris bulat
1 biji cili hidup merah/benggala - hiris
1 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
Daun sadri/daun bawang - hiris
Susu pekat manis
Lada hitam - tumbuk kasar
Rempah penumis: Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
Bahan sos:
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tomato
Sos tiram
Bahan bahan kisar:
1/2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak.
Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati. Masukkan air.
Setelah mendidih, masukkan susu pekat, serbuk lada hitam, bawang besar dan cili hidup. Akhir sekali masukkan ayam bersama ubi kentang yang digoreng. Gaul-gaulkan seketika sebelum ditutup api.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar