Ustaz Don Daniyal adalah satu nama yang tidak asing lagi di kalangan peminat TV Al Hijrah terutamanya rancangan 30 minit bersama Ustaz Don. Sebelum ini, saya langsung tidak mengenali beliau tetapi atas kesungguhan rakan sepejabat yang akan menghantar sms meminta saya menonton rancangan di atas setiap kali ianya bermula, menyebabkan saya mula menggoogle dalam internet kerana tidak berkesempatan menontonnya di TV.
Sehingga satu hari saya membuka youtube berkenaan tanggungjawab ibubapa terhadap anak anak. Rancangan itu benar benar terkesan di hati sehingga saya menitiskan air mata apalagi mendengar seruan Ustaz Don "Wahai ibubapa, jika anak anak memandang ugama itu kecil, maka tugas ibubapa lah untuk menjadikannya besar". Ianya benar benar menyebabkan saya insaf bahawa saya perlu membuat persediaan dan perubahan. Sejak itu, saya mula mengikuti ceramah beliau melalui youtube dan mula meminati Ustaz Don dan mula admire ibu bapa beliau yang bertuah mempunyai anak seperti Ustaz Don. Saya juga mula berkata sungguh bertuah siapa wanita yang menjadi isteri beliau dan bila mengetahui yang wanita itulah ialah pelajar perubatan di sebuah universiti di Cairo, lagi saya merasa sangat gembira. Sesungguhnya ugama mesti dijadikan kriteria utama dalam pemilihan pasangan hidup kerana ianya dapat melahirkan keluarga bahagia di dunia dan juga akhirat.
Hari ini saya mahu kongsikan gambar gambar majlis pernikahan Ustaz Don Daniyal dan Husna Zahry yang diambil dari Artmosphere Photography. Jom layannn...
Selamat Pengantin Baru Ustaz Don dan Husna. Semoga berkekalan abadi....
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar