Aduh ingat hari minggu macam ni nak lah berehat sebab semalam sudah seharian memasak. Saya minta hubby cari breakfast di gerai Kelantan. Setengah jam kemudian, dia menelefon memberitahu dia beli lemang dan mahukan saya memasak rendang ayam lagi. Saya pun menyenaraikan bahan bahan yang perlu dibeli termasuklah kelapa parut. Ini kerana cadangnya nak buat rendang ayam yang kering yang sedap untuk dicicah dengan lemang. Resepi macam mertua saya sediakan pada setiap kali hari raya. Tapi bila hubby balik jer, saya dah kehampaan kerana kelapa parut tak ada. Alahaai rendang basah lagi lah nampaknya. Tapi kali ini saya masukkan 2 sudu besar kerisik dan masak kasi agak kering sedikit supaya nampak berserabut kuah rendang tu.
Lemang pulak masih panas panas dan secukup jer masak dan lemaknya. Maklumlah bukan senang nak beli lemang ni. Lainlah kalau beli dan minta dibelah di situ juga buat stail macam beli durian. Beli lemang ni selalu nya macam nasib. Lain kalau dibuat sendiri, pasti kita tahu berapa banyak santan yang digunakan dan berapa besar api yang digunakan untuk membakar lemang itu. Lemang adalah kegemaran anak lelaki saya, Boy. Zaman dulu saya tak faham sangat cara nak menyimpan lemang. Kalau tak habis, terbuang gitu jer. Sekarang ni barulah tahu menyimpan dalam freezer dan dipanaskan bila mahu dimakan. Maklumlah lemang ni bukan ada sepanjang masa.
Jom tengok rendang saya yang sedap dan lemang yang lembut ni untuk breakfast kami di hari minggu. Alaa raya raya ni jangan lah mengata. Biasalah kalau sedap, kita katalah sedap. Tanya hubby sedap tak rendang sebab mendengar dia bertanya Boy kalau lemang tu sedap atau tidak. Jawabnya, lemang sedap susah nak dicari, kalau rendang pastilah sedap sebab dimasak sendiri. Alahaaai kembang hidung jap... Kalau nak tengok resepi, klik jer di SINI.

{ 2 komentar... Views All / Send Comment! }
Terima kasih infonya gan.....
infonya sangat bermamfaat.....
salam kenal dan salam sukses..
mantap......
waah kelihatannya cukup mudah pembuatannya..
Posting Komentar