Kali ini kami bersahur dengan nasi putih dan Udang Goreng Kunyit dengan Sayuran. Maklumlah lagi lama, lagi dah tak berselera lagi nak makan sahur. Tapi saya gagahkan juga untuk menyediakan juadah sahur yang serba ringkas kerana sahur juga adalah satu ibadah sunnah Rasulullah yang mendapat pahala dari Allah. Sedap sekali sebab udang yang segar digunakan. Hubby beli udang ni di Pasar Taman Tun Dr Ismail yang memang terkenal glamer kerana dikatakan siapa yang pakai evening gown dengan high heel pun boleh datang ke pasar ini.
Semasa tazkirah tadi, ada disebut berkenaan dengan sifat sabar dan istiqamah terutama amal ibadah selepas berlalunya bulan Ramadhan. Sabar adalah sifat yang bukan mudah untuk dipupuk tapi dengan banyak memohon pada Allah, ianya akan diperolehi juga. Setiap kali ditimpa musibah, kita kena terus bersabar dan mengingati Allah dengan membaca Innalillaahi wainna ilaihirojiuun. Di samping itu, diceritakan juga bagaimana cara Nabi Muhamad SAW ingin memupuk istiqamah di kalangan umatnya dengan mempelbagaikan ibadah mengikut kemampuan. Sebagai contoh, jika Nabi membaca surah yang panjang dalam solat, baginda akan duduk bersila terlebih dahulu dan beberapa ayat sebelum tamat, barulah baginda berdiri. Seperti yang diceritakan oleh Aishah, jangan ditanya betapa cantiknya bacaan dan betapa panjangnya surah yang dibaca baginda. Baginda mengajar pelbagai cara supaya kita beristiqamah, supaya tidak ada rasa bosan dalam melakukan ibadah.
Akhir sekali ustaz juga menyentuh mengenai adat yang perlu dibuang dalam menyambut hari raya. Contohnya takbir raya patut dengan lebih bersemangat kerana meraikan kemenangan umat Islam bukan dengan mendayu dayu kesedihan bak lagu raya yang bersedih semacam jer tu. Begitu juga dengan adat bermaafan di kalangan masyarakat kita yang mesti dalam suasana sedih pilu dan tangis. Sepatutnya bermaafan dengan keadaan dan suasana gembira. Tapi percaya lah, bukan mudah untuk kita membuang adat sebegini, pasti ada yang menghalang dan memandang serong. Tapi jika bukan kita yang menegakkan sunnah Rasulullah, siapa lagi?
Jom layan jer apa yang saya campak campak ke dalam lauk ringkas ini....
Jom layan jer apa yang saya campak campak ke dalam lauk ringkas ini....
Udang Goreng Kunyit Dengan Sayuran
Udang
Bunga kubis
Karot
Kacang panjang
Cili merah
Bawang merah
Bawang putih
Garam
Serbuk kunyit
Udang dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah.
Kemudian masukkan karot dan bunga kubis sebelum dimasukkan udang. Kacau rata rata sehingga udang agak masak.
Akhir sekali masukkan kcang panjang dan cili merah. Bolehlah angkat dan dihidangkan panas panas.
Udang dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah.
Kemudian masukkan karot dan bunga kubis sebelum dimasukkan udang. Kacau rata rata sehingga udang agak masak.
Akhir sekali masukkan kcang panjang dan cili merah. Bolehlah angkat dan dihidangkan panas panas.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar