Sempena kedatangan Syawal dalam beberapa hari lagi, saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua kawan kawan yang berugama Islam. Setelah sebulan kita berpuasa dalam bulan Ramadhan kini tiba lah hari untuk menyambut dan meraikan kemenangan. Kemenangan melawan nafsu, bukan sahaja melawan nafsu makan dan minum tapi juga nafsu lain juga. Sesungguhnya dengan berakhirnya Ramadhan, kita akan kembali semula kepada fitrah kita yang asal. Iblis dan syaitan akan bergembira kerana rantai akan dibuka dan ahli kubur akan menangis semula.
Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah maintenance iaitu istiqamah dengan terus melakukan segala ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan di dalam bulan Syawal bermula dengan puasa selama 6 hari dalam bulan Syawal, membaca al Quran, bertaddarus dan bertadabbur, puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis, solat di malam hari, bersedekah, perbanyakkan menghadiri majlis ilmu dan apa apa sahaja yang diajar oleh baginda Rasulullah.
Menyambut syawal dimulakan dengan bertakbir mulai dari malam raya sehingga menjelang solat sunat raya, mandi sunat, memakai pakaian baru yang cantik, makan sedikit sebelum berjalan kaki ke masjid untuk bersolat sunat hari raya. Bawa semua ahli keluarga ke masjid termasuk perempuan yang di dalam uzur juga untuk menyaksikan solat hari raya. Keluar ke tempat solat dari jalan lain dan balik daripadanya melalui jalan yang lain. Bermaaf maafan sambil mengucapkan ucapan tahniah dengan kegembiraan pada hari raya dengan memberi ucapan yang baik seperti "Semoga Allah menerima amalan dari kami dan anda semua" atau "Selamat hari raya yang diberkati" dll.
Semoga kita menjadi seorang mukmin yang bertaqwa dari ibadah puasa dan solat terawih yang telah kita lakukan selama sebulan di bulan Ramadhan. Semoga semua dosa kita diampuni dan dibebaskan dari api neraka. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Sifat Ar Rahman adalah Pemurah untuk semua makhluk di muka bumi ini tanpa mengira nilai manakala Ar Rahim ialah kasih sayang Allah hanya khas untuk orang orang yang beriman.

Akhir sekali, Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari Azie Kitchen dan Villa Nur Qaseh buat semua, terutama untuk anakanda yang dikasihi, Nana Ain yang menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1433H di Ireland.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar