Masak Rebus Baby Bayam

Bookmark and Share




Saya dapat idea untuk memasak Bayam Rebus ini selepas mendengar sahabat yang baru saya kenali di saloon, kak Fauziah bercerita berkenaan kesedapan bayam rebus. Sangat teruja mendengar dia bercerita keenakan memakan kuah rebus bayam bersama dengan oat. Cara dia bercerita membuatkan saya meneguk menelan air liur.... 

Saya terus menghantar bbm pada hubby supaya membeli baby bayam untuk dibuat Bayam Rebus sebagai hidangan semasa berbuka petang nanti. Kalau biasanya, saya akan menggunakan sayur sawi untuk dimasak Tumis Air dengan cara menumis dulu bawang putih dan bawang merah tapi yang ini lainnya sebab ianya di rebus. Ini lah kali pertama saya membeli baby bayam dan kali pertama memakannya. Memang sedap sangat lah baby bayam ni. Masih ada baki, saya makan semasa sahur. Masih sedap walaupun selepas dipanaskan dan saya siap menghirup kuahnya. Hmm nak tiru macam Kak Fauziah cakap lah ... wallaaa sedap nyer.

Jom layan resepi...



Baby Bayam Rebus

Baby bayam
Ikan bilis - tumbuk 
Bawang merah - hiris
Garam
Kiub knorr (tak letak pun)
Ubi keledek - jika suka
Cili merah

Rebus air dengan ikan bilis dan bawang hiris dengan api perlahan sehingga mendidih. Kemudian masukkan bayam.

Akhir sekali, masukkan garam dan kiub knorr.

Tutup api dan siap untuk dihidangkan.

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger