Kuih Kaswi Keladi Lagi

Bookmark and Share




Haaa yang ni Kuih Kaswi Keladi versi Lara. Kenapa pulak Lara? Ya lah, baca resepi dah betul tapi tak berhati hati. Bila dah siap dimasak atas dapur dan dah dimarblekan, tinggal nak dimasukkan dalam pengukus, baru terperasan, tertonggok 2 kotak santan yang masih tersenyum melihat saya yang sedang ternganga mulut. Alamaak macam mana ni, kaswi saya telah ketiadaan santan. Huhuhu dalam detik cemas begitu, apalagi yang terfikir selain dari ambik santan dan terus tuang ke dalam loyang. Bila dah dikacau kacau rata, dah hancuish lah marble yang dibuat tadi. Sepatutnya ia berselang seli putih dan purple seperti ini di SINI.

Apa apa pun setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya kerana dek penangan 2 kotak santan pekat ke dalam adunan, ianya menjadi teramatlah berlemak lemak dan sesuai untuk mereka yang terlebih atau terkurang kolesterol badan. Alhamdulillah kerana rasanya lebih sedap dek kelaraan diri sendiri. Nampak tak teksturnya tu ada ketulan ubi keladi kerana saya memotong dadu lebihan ubi keladi dan campakkan sekali kerana tak mahu membazir....

Sempena kedatangan Syawal dalam masa 3 hari lagi, saya ingin kongsikan sedikit berkenaan dengan puasa di dalam bulan Syawal seperti berikut:

Adakah disyaratkan puasa enam hari itu dilakukan berturut-turut?

Tidak disyaratkan. Harus diselang-selikan asalkan dalam bulan Syawal dan bilangannya mencukupi enam hari. Namun yang terbaik (afdhal) ialah melakukannya berturut-turut dan lebih afdhal lagi memulainya dari dua syawal.

Jika seseorang itu mempunyai puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya, adakah harus ia berpuasa enam sebelum mengqadha puasanya?

Harus kerana puasa qadha Ramadhan memiliki waktu yang panjang untuk dilakukan iaitu sehingga Ramadhan tahun berikutnya, adapun puasa enam hari di bulan Syawal waktunya adalah terhad. Namun jika kita dapat melakukan puasa qadha terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan puasa Syawal, itu yang terbaik kerana kita mendahulukan ibadah yang wajib ke atas yang sunat. Dan ada ulamak berpendapat; harus kita meniatkan keduanya sekali dalam satu puasa, tetapi yang terbaik kita memisahkannya kerana akan memperbanyakkan amalan kita kepada Allah.

Jom layan resepi dulu bagi yang terlepas entri sebelum ini...




Kuih Kaswi Keladi 
Cuba oleh: Azie Kitchen
  
Bahan bahan (loyang 10x10x3)
180 gm tepung beras
120 gm tepung ubi
70 gm tepung jagung
260 gm gula pasir-(gunakan 215g)
1200 ml santan [400 ml santan kotak + 800 ml air]
300 gm keladi tanpa kulit [rebus hingga empuk dan toskan airnya]
1 sudu teh esen keladi
2 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
Pewarna ungu secukupnya
  
Cara cara:
Kisar keladi yang siap direbus dengan air (ambil air daripada sukatan di atas). Satukan keladi dengan semua bahan lain, kecuali pewara ungu. Tapis jika perlu.

Masakkan adunan hingga pekat sedikit. Asingkan sebanyak 500 gm dan warnakan ungu.

Sapu minyak pada loyang saiz 10x10x3 dan tuangkan adunan putih dan ungu secara berselang seli.

Kukus adunan selama 40 minit dan sejukkan kuih sebelum dipotong.


{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger