Semasa ke masjid hari Sabtu lepas, saya mengambil beberapa biji cempedak yang dibawa oleh Ustaz sambil menderma. Maklum di bulan Ramadhan ni, kita tak punya banyak masa untuk makan cempedak. Kalau waktu biasa, boleh jer dibuat cempedak goreng untuk hidangan minum petang dsb. Jadi saya mula memikirkan apa apa kuih yang menggunakan cempedak sebagai bahan utama. Bila tanya Pak Cik Google, ditunjuknya Bingka Cempedak di SINI.
Menyediakan bingka ni sangat mudah. Yang lamanya masa membakar jika kita inginkan lebih kerak dan juga masa menunggu kuih disejukkan. Kuih bingka ni memang kena betul betul sejuk sebelum boleh dipotong bagi menghasilkan potongan yang cantik. Saya membuat 1 1/2 adunan dan menggunakan loyang 10x10x3 dan 1 acuan kemboja.
Kuliah Zohor hari ini diingatkan supaya kita mengambil peluang beribadah di bulan Ramadhan yang masih berbaki selama 4 hari sahaja lagi. Ikut cara Nabi yang membuat serba serbi supaya masa tak disia siakan walaupun sesaat. Jiwa orang yang dapat petunjuk Allah ialah sentiasa ingin beribadah bagi melahirkan rasa bersyukur atas nikmat Allah. Saat balas balik budi Allah, kena bersyukur. Ia dapat dilihat pada kesungguhan kita merebut buat amal di bulan ramadhan. Buat ibadah untuk membalas nikmat yang tak terbalas, nikmat yg infiniti. Terlalu sedikit yg beribadah kr bersyukur pd ku. Bila sempit wang, musibah, baru beribadah.
Berkenaan dengan Lailatul Qadar pula, disebutkan bahawa tidak bermakna bila kita tak tengok tanda tanda Lailatul Qadar, kita tak mendapat ganjaran Lailatul Qadar. Bukan disyaratkan begitu. Yang penting isikan malam dan siang hari dengan ibadah. Kalau malam bagus, maknanya puasa di siang hari sangat tinggi kualitinya. Ada hubungkait Qiam dan puasa. Orang berpuasa rindu untuk beribadah pada Allah, maka dia sanggup melakukannya ibadah di malam hari. Semangat untuk beribadah sangat tinggi.
Disentuh juga berkenaan dengan sifat sabar iaitu sifat yang terhasil atau terbina dari ibadah puasa. Sabar adalah terdidik dari amalan puasa. Amalan sunat seperti amalan fardhu, semua diganda di bulan Ramadhan ini. Sabar atas ujian dan musibah samada sedar atau tidak. Org yang Allah kasih, Allah akan uji dengan memberi musibah untuk berubah jadi manusia terbaik.
Bila kita sayangi Nabi, kita akan meletakkan segala galanya apa yang ditunjuk dan diajar oleh Nabi. Di antaranya ialah iktikaf yang merupakan di antara sunnah nabi. Bermaksud berdiam diri dengan niat untuk menghampir diri pada Allah. Dengan berdiam diri sahaja. Jadi wajib bila kita bernazar tapi hukum asalnya adalah sunat. Beriktikaf boleh dilakukan di tempat di mana didirikan solat berjemaah. Dalam Mazhab Hanafi, boleh beriktikaf ditikar solat tempat dia biasa bersolat terutama bagi orang perempuan. Masa beriktikaf, sunat sekadar duduk sekejap jer. Rukun iktikaf, niat. Kedua berdiam diri. Suci dari hadas besar, tak berwuduk pun tak apa. Sesungguhnya beriktikaf adalah amalan yang boleh menghampiri diri kita pada Allah

Bingka Cempedak
Bahan-bahan ( loyang 10 x 7 in)
240 g tepung gandum
150 g gula pasir (boleh kurangkan,jika cempedak manis)
1/2 sk garam
80 g mentega cair
1/2 sk pewarna oren/kuning
Kisar halus:
300 g isi cempedak
650 ml santan
2 biji telur
Cara-cara:
Tepung, gula dan garam dimasukkan ke dalam sebuah mangkuk dan gaul rata.
Kisar halus santan, cempedak dan telur dan tuangkan ke dalam mangkuk tepung tadi dan gaul sebati.
Tuang mentega cair dan pewarna dan digaul lagi hingga sebati dan tepung tak bergentel gentel.
Tuang adunan ke dalam loyang yg digris (alas aluminium foil dan gris supaya kuih tak melekat pada dasar loyang).
Bakar hingga masak dan garing permukaan bingka selama 45 min hingga 1 jam padasuhu 170C. Saya bakar 140 minit kerana saya membuat 1 1/2 adunan menggunakan loyang 10x10x3.
Sejukkan bingka dan bolehlah dipotong dan disajikan.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar