Bersahur Dengan Nasi Goreng Kampung Dan Ayam Goreng

Bookmark and Share



Kami bersahur dengan Nasi Goreng Kampung menggunakan perencah Nasi Goreng Adabi dan Ayam Goreng garam kunyit. Kali ini saya goreng ayam mengikut cara yang biasa kami goreng semasa kecil kecil dulu. Ayam dipotong potong kecil dan dilumur garam kunyit. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak dan masukkan cili merah hiris dan bawang besar hiris. Kalau di kampung, kami menggunakan cili hijau yang digunakan untuk membuat solok lada tu. Saya tak pernah jumpa cili seperti itu di sini. Itu cara kami menggoreng ayam dan tak pernah pulak saya ingat kalau my mom pernah menggoreng ayam seketul seketul besar macam kat kedai tu. Maklumlah ayam di kategori makanan mewah, jadi kalau dapat seorang seketul kecil pun dah kira bersyukur sangat. Bayangkan ayam dibela dari kecil sehingga besar, barulah boleh disembelih untuk dijadikan lauk. Lama tempoh menunggu tu...

Seperti biasa saya akan memasukkan beberapa biji telur di dalam nasi goreng kerana memang rasa macam tak lengkap nasi goreng tanpa dipecahkan telur ke dalamnya. Nampak pun lebih menyelerakan apabila kelihatan telur di dalam nasi goreng. Saya tak letak apa apa sayur pun kerana semua sudah kehabisan. Yang ada hanya karot tapi since budak budak tak suka sangat, saya tak lah pula memasukkan karot.  




Saya nak selitkan juga di sini berkenaan kuliah zohor oleh Ustazah Asni Al Hafizah yang mengingatkan bahawa kita sekarang berada di dalam detik cemas di mana Ramadhan akan berakhir dalam beberapa hari lagi. Dengan perginya Ramadhan, peluang untuk menambah amal dengan pahala berganda juga ditutup. Ahli kubur akan menangis nangis dan syaitan pulak akan bergembira bersorakan kerana rantai mereka akan dibuka tidak lama lagi.

Seseorang yang bertaqwa akan mengekalkan ibadah dan amalan sepanjang Ramadhan sehingga selepas Ramadhan seperti bersolat berjemaah, membaca al Quran, berzikir, berdoa dan bangun bersolat malam. Ditekan supaya kita mendampingi al Quran kerana ianya akan memberi syafaat kepada kita dan akan menjadi peguambela pada kita di akhirat kelak. Amal dan baca setiap hari dan perbaiki pembacaan kerana pembelajaran al Quran sepatutnya pembelajaran seumur hidup. 



Sekian dulu catatan saya untuk kali ini di mana tujuan berkongsi hanyalah semata mata untuk kita sedar akan hakikat dan halatuju kita yang sebenarnya supaya kita tak tertipu daya dengan dunia yang penuh dengan permainan, penuh dengan main main sahaja.

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger