Alhamdulillah, hari ini dikurniakan Allah dengan rezeki yang amat murah. Mengembalikan semangat yang hampir lesu. Tadi semasa ke Mail Box untuk menghantar produk yang dipesan, sempat juga saya dan hubby menjenguk ke dalam Giant Kota Damansara mencari alat untuk membersihkan sawang sarang labah labah yang mula bertapak di siling rumah kami. Produk apa ya, tungguuuu. Later will tell you on My Secret ... piiish jangan citer kat sesiapa, ini my secret tau ... hahaha.
Dalam terpusing pusing kat situ kerana tak ada membuat senarai barang yang ingin dibeli kerana memang tak ada rancangan pun untuk membeli apa apa, mata terpandang lala yang dibungkus dalam beg plastik. Dalam hati berkata, lala ini kegemaran Aween, jika tak dibeli pasti rasa terkilan pulak jika lah dia bertanya samada ada lala tak di Giant. Akhirnya beli lah satu beg. Itu pun dia bertanya kenapa beli satu beg jer, kenapa tak dua bila saya memberitahu yang saya ada beli lala di Giant.
Seperti biasa kalau lala di rumah ni, mesti dimasak goreng bercili, ala ala sweet sour sikit. Jom kita tengok apa resepi segera saya. Resepi ni sebenarnya main campak campak jer bahan bahan nya. Agak agak lah sendiri jumlahnya ya. Jom layann ...
Lala Goreng Bercili
Bahan bahan:
Lala
Cili merah hidup
Bawang merah
Bawang putih
Bawang merah
Bawang putih
Serai diketuk
Sedikit sos tomato
Sedikit sos tomato
Garam, gula dan serbuk perasa
Cili diblend bersama bawang merah dan putih dan ditumis hingga garing. Masukkan serai yang diketuk. Masukkan lala yang sudah dibersih. Masukkan sos tomato, garam, gula dan serbuk perasa. Masak hingga air hampir kering dan naik minyak. Siaaapp. Angkat dan bolehlah dihidangkan ... Mudah sangat sangat.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar