Ikan Talapia Tasik Kota Damansara

Bookmark and Share




Hari ini hari minggu yang sangat santai, sampai terasa lamanya masa berputar. Mungkin sebab masih kesedihan dengan pemergian Nana ke Egypt bagi meneruskan pengajian tahun akhir beliau. Insya Allah, kami sekeluarga akan menyusul untuk majlis konvokesyen beliau yang tidak sampai setahun dari sekarang.

Tengah dok relax relax, hubby buat kejutan minta dimasakkan ikan jelawat. Mahu tak terkejut, ingatkan ditangkap ikan jelawat kesayangan dari kolam saya. hehehe rupa rupanya, ikan talapia pemberian pekerja pembinaan jiran sebelah rumah yang dijala dari tasik yang menghiasi bilik tidur kami dan tasik yang sentiasa menghiburkan saya kala memasuki bilik air. hahaha kerana sambil mandi, saya menikmati pemandangan tasik yang sangat indah.

Hmmm apa nak masak ya. sejak lepas raya, sibuk dengan open house sana sini, dapur Azie Kitchen belum berasap lagi. Sementelah seminggu lepas, kami sekeluarga ke Singapura. Sambil saya menghadiri conference, bawa famili sekali kerana Nana sudah hendak balik ke Egypt. Saya nak habiskan masa minggu terakhir cuti beliau bersama sama.

Berbalik pada ikan talapia, tadi hubby meminta saya masakkan sweet sour tapi kerana ikan tu agak besar, saya masakkan sekali Masak Lemak Cili Padi. Sekurang kurangnya anak anak boleh buat lauk untuk esok. Resepi dah ada di entri sebelum ini. Jom kita layan gambar gambar jer... jom











{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger