Semasa ber bbm dengan geng geng Kolej Ketiga UM, saya tiba tiba rasa ingin balik memasak. Sebelum balik ke rumah, hubby singgah di kedai runcit untuk membeli bahan bahan untuk dibuat cucur udang. Sebaik masuk ke kedai, terpandang ikan tongkol putih dan ikan tongkol hitam. Bertahun lamanya saya mencari ikan tongkol putih yang biasa dibuat lauk nasi dagang Terengganu. Ikan tongkol hitam pula yang digunakan untuk lauk nasi dagang Kelantan. Saya terus membeli seekor ikan tongkol putih. Hajat hati untuk direbus dan digoreng dengan bawang besar dan cili hidup keesokannya. Ikan rebus goreng memang lauk kegemaran saya tapi ikan rebus tersebut mestilah dibiarkan sekurang kurangnya semalaman. Ikan direbus dengan asam keping dan garam yang agak banyak sehingga air rebusannya tinggal sedikit sahaja.
Sesampai di rumah, hubby minta saya masak untuk makan malam anak anak. Jadi saya memutuskan untuk memasak gulai stail Kelantan. Ini adalah resepi gulai keluarga saya yang menjadi masakan gulai kami sejak dahulu. Sejak kecil, resepi gulai ini lah yang saya pelajari dan yang saya masakkan. Namun sudah sekian lama, saya tidak memasak gulai ini. Kiranya gulai ini adalah gulai yang digunakan sebagai lauk nasi berlauk pagi di Kelantan.
Jika mahu dibuat nasi berlauk, makan dengan nasi putih, sambal cili dan ikan gulai serta timun atau kacang panjang tadi. Dibungkus pulak dengan berlapik daun pisang. Alahai sedapnya... Malam ni saya makan menambah nambah dan rasa bersalah kerana merosakkan diet saya ...
Ikan Tongkol Gulai Stail Kelantan
Bahan bahan:
Ikan (direbus dg garam dan asam keping)
7 - 8 biji cili kering
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang merah
4 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 sudu kecil rempah biji ketumbar
1/2 keping asam keping
Garam dan gula
Timun, Kacang Panjang atau Cili hijau Kelantan (jika suka)
1 inci kunyit hidup
1 sudu kecil rempah biji ketumbar
1/2 keping asam keping
Garam dan gula
Timun, Kacang Panjang atau Cili hijau Kelantan (jika suka)
Ikan direbus dengan asam keping dan garam seperti gambar di bawah. Kesemua bahan di atas di blend. Masukkan ke dalam santan dan dimasak dengan api kecil hingga menggelegak. Perlu dikacau selalu. Kemudian masukkan ikan rebus, asam keping, garam dan sedikit gula. Masak hingga pecah minyak. Jika suka boleh dimasukkan timun yang dihiris, cili hijau Kelantan dan juga kacang panjang yang dipotong.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar