Gazebo adalah antara deko laman yang saya mesti ada kerana ianya merupakan keinginan saya sejak sekian lama. Malahan kedudukannya sudah ditentukan di dalam pelan rumah lagi.
Saya telah ke Bali beberapa kali untuk berbincang berkenaan pembelian bahan bahan pembinaan gazebo di sana. Saya memang mahukan gazebo yang menggunakan shirap belian dek teruja melihat gazebo mewah di rumah sahabat saya dan juga mentor saya iaitu Puan Ismati dan suami Encik Rahim yang memang bercitarasa tinggi dalam menghias rumah dan laman.
Saya juga telah ditipu oleh pekerja Indon yang hanya membuatnya separuh jalan sahaja walaupun payment telah dibuat melebihi separuh dari harga asal. Akibatnya bila orang baru dilantik, saya terpaksa membayar lebih. Namun ianya masih murah dengan keluasan 9x9, saya hanya berbelanja sekitar RM7000 dengan menggunakan bahan bahan terpilih sahaja.

Menggunakan kayu cengal terpakai bersaiz 9x9 yang dibeli kedai kayu terpakai. Tapi bila dipotong ternyata kayu kelihatan masih hidup. Itulah keistimewaan kayu cengal. Saya memilih kayu terpakai kerana inginkan tekstur yang nampak rugged.
Tengok step pembinaan gazebo kami dalam gambar gambar di bawah yang memang dipantau dengan teliti pembinaannya.
Saya memang berbelah bahagi samada mahukan gazebo yang berlantai konkrit dan diletakkan kerusi dan meja taman di atasnya atau mahukan lantai yang ditinggikan. Saya mencari contoh contoh dan bertanya pendapat berapa ramai orang sebelum saya membuat keputusan. Itulah saya, sesuatu yang dihasilkan mestilah yang terbaik untuk saya kerana saya mahu sentiasa gembira dengan keputusan yang telah dibuat.
Jika menggunakan lantai konkrit, saya memikirkan berapa banyak kerusi sahaja dapat dimuatkan. Tetapi jika menggunakan lantai yang ditinggikan, boleh memuatkan ramai orang tapi tidak selesa untuk duduk bersila kerana akan membuat baju yang dipakai berkedut. Haaa sampai ke situ saya berfikir. Namun sahabat saya, Dr Ibtisan memberi pendapat yang biarlah gazebo bercirikan gazebo sebenarnya kerana ianya sebahagian dari hiasan taman.
Lagi pulak, saya bukan suka duduk di luar yang panas. Saya lebih suka merai tetamu di dalam rumah sahaja kerana lebih selesa. Selesa menikmati keindahan laman dari dalam rumah....
Akhirnya siap juga gazebo di rumah saya. Sengaja saya mengecat dengan warna gelap kerana mahu menampakkan kemewahan kayu cengal yang gagah dan gah di tengah panas dan hujan. Rujuk catatan sebelumnya di SINI.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar