Hmm bila dikenangkan kembali semasa kami mula berkebun di laman ini, terasa seperti tidak percaya yang ianya telah menghijau umpama taman yang disaksikan di dalam majalah dan TV. Haaa perasaan. Nanti dulu, nanti dulu... baca dan ikut gambar gambar yang akan saya paparkan di bawah nanti. Memang umpama mimpi dalam mimpi lah. Tengok gambar my hubby sedang menanam anak pokok frangipani yang dibeli dengan harga RM50 sepokok. Itu pun selepas survey merata tempat dan membaca di merata majalah untuk mencari warna cantik mewangi yang saya akan sentiasa tersenyum gembira setiap kali memandangnya...
Kalau dibeli pokok yang sudah besar, tentu harganya mahal dan ada yang sehingga RM6000 terutama kalau mempunyai batang besar dan berbentuk unik. Walau bagaimana kaya sekali pun, hahaha jika kaya lah, saya tak mungkin membeli pokok sebegitu harganya. Tiada kepuasan dan tak thrill langsung lah. Jadi saya beli benih yang anak sahaja. Itu sebab saya kena tanam awal supaya bila kami berpindah masuk, pokok sudah besar merendang. Ternyata keputusan saya tepat sekali.
Sebelum ditanam rumput, diletakkan selapis tanah pasir untuk meratakannya.
Dah tanam rumput, ada yang memberi quotation sehingga RM16K sebagai yang paling murah, Usahkan sebanyak itu, kalau RM1600 pun saya tak mahu kerana bukan cara saya untuk mendapat sebuah taman idaman dengan hanya menunjuk seperti membeli lauk di bazar ramadhan. Itu bukan saya. Bukan Che Mek Kelantan lah kalau gitu. Akhirnya saya dapat rumput ini secara percuma sahaja menggunakan rumput lebihan projek perumahan berhadapan rumah kami. Rezeki namanya tu. Cuma saya membayar gaji hari pekerja untuk menanamnya.
Hati sungguh puas walau ada yang mengatakan apalah rumah banglo besar hanya tanam cow grass. Ini adalah rumput pilihan saya bukan kerana ianya free. Saya mahukan rumput yang saya tak akan merasa sakit hati, membuat saya tenang. Merata tempat saya berjalan dan pusing pusing serta membuat research termasuk menulis meminta nasihat dalam majalah LAMAN sebelum membuat keputusan. Saya seorang yang sangat praktikal, beli rumput carpet, rumput mutiara atau rumput philipphine yang hanya cantik selepas beberapa bulan ditanam tapi selepas itu, oooh sakit mata dan sakit hati. Ohhh tidak tidak tidak ...meroyan saya nanti. Kalau rumput ini, saya masih boleh berkompromi kerana tidak meletakkan high expectation padanya....
Setelah hampir setahun, inilah hasilnya. Tanpa khidmat tukang kebun, semua dilakukan sendiri.
Haaa ini lah laman kami yang terkini yang turut dimuatkan di dalam beberapa majalah. Hmmm bukan sebab cantik tapi sebab keunikan penghasilannya kot... Agaknya lah
Di hari minggu, anak bongsu saya akan mengajak saya bersiar siar di laman sambil bertukar tukar fikiran, apa lagi yang perlu dilakukan. Jika saya rajin, saya akan membawa bersama gunting untuk trim mana mana yang patut. Bersiar siar di laman yang mewangi umpama taman tempat puteri raja dalam filem melayu dulu bermain main bersama dayang dayang... Ambooi...
Semuanya terhasil dengan usaha dan titik peluh sendiri. Alhamdulillah bersyukur kerana telah berhasil walapun melalui pelbagai kepayahan. Boleh rujuk catatan sebelum ini di SINI..
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar