Blended Orange Cake

Bookmark and Share





My laling hubby meminta saya memasakkan sedikit kuih muih untuk dibawa ke pejabat tapi seperti biasalah, bila ditanya apa yang ingin disediakan, pasti tiada jawapan. Jadi saya sendirilah kena menjawab soalan sendiri. Memikirkan jamuan di waktu pagi, bererti saya perlu menyediakan di sebelah malam. Jadi fikir fikir punya fikir, saya memutuskan untuk menyediakan Puding Roti Kukus Pandan di SINI yang biasa saya sediakan. Selain itu, saya menyediakan juga Kuih Bakar Pandan aka Bingka Pandan di SINI yang merupakan kuih tradisional kegemaran saya. Kalau di bulan puasa, boleh dikatakan setiap hari saya membelinya di cafetaria.







Selain dari 2 kuih di atas, saya juga menyediakan Blended Orange Cake yang memang secara tidak dirancang pun, apabila saya terpandang kek fondant yang sangat cantik disediakan di blog Oven Kecil, resepi dari Myresepi. Walaupun hari ini, saya tidak menyediakan fondant tapi komen pembaca di Myresepi yang telah mencuba kek ini membuatkan saya menjadi sangat teruja untuk mencubanya. Mana tahu kalau ada majlis di rumah kami, saya boleh menghias kek ini dengan fondant. Maklum tidak semua kek sesuai dihias dengan fondant kerana ianya agak berat. Itu daripada apa yang saya baca lah.

OK jom kita tengok resepi ini yang tersangatlah mudahnya, hahaha semudah ABC gitu dan yang penting, rasanya sangat sedap. Kalau tidak kerana mudahnya resepi ini, rasanya tiadalah kejadian kek buat sementara waktu,  kerana tiada sambutan untuk kek kek dari penghuni rumah ini. Saya memutuskan untuk bersara buat sementara dari mengekek sehingga ke suatu masa yang berlaku seperti hari ini, bila tiba tiba jer terasa nak membuatnya. 

Saya bawa separuh dari kek ini ke pejabat dan berdasarkan feedback dari kawan kawan, kek ini dikatakan sedap. Pada saya sendiri, kek ini memang rasanya sedap, gebu dan moist tetapi saya lebih suka kek yang bertekstur halus dan padat  seperti contohnya, Kek Marble Trio berbanding dengan kek ini yang teksturnya agak kasar dan berderai bila dimakan... Itu pendapat saya lah. Hahaha bukan apa, saya ni tak suka kalau makan kek, bila disuap ke mulut ada yang jatuh berderai di meja. Memang tak suka kuih muih yang berderai derai ni. Namun apa apapun, ianya sedap dan mudah sekali disediakan. Bolehlah mencubanya sendiri....






Blended Orange Cake
Oleh: Azie Kitchen 
Loyang persegi: 9" 


Bahan-bahan:
1 biji buah limau - limau sunquick yang tiada biji
1 cawan minyak/minyak jagung
2 cawan gula halus (guna 1 cawan sahaja)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum *
1 sb baking powder * (* ayak bersama)
Beberapa titis pewarna/perisa oren

Cara-cara:
Cuci buah limau. Potong dan buang biji serta urat putih di tengah-tengahnya. Potong lagi buah limau kecil-kecil bersama kulitnya sekali.

Masukkan buah limau ini ke dalam pengisar bersama minyak, gula dan telur. Kisar hingga halus.

Tuang bahan  yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.

Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digris dan beralas dengan kertas baking.

Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 40 minit - 1 jam atau sehingga masak. Saya bakar pada suhu 150C selama 50 minit.


Nota:
Sedap juga dibuat cupcake atau dikukus.
Saya bakar pada 150C selama 50 minit.






{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger