Mee Hoon Goreng Untuk Feeza dan Raja Shah

Bookmark and Share





Semasa dalam perjalanan balik menghantar Boy balik ke kolej di TBS, hubby menerima panggilan telefon dari Raja Shah memberitahu ingin datang beraya di rumah. Saya pulak kebetulan hari ini tidak memasak apa apa. Jadi kepala ligat berfikir apa yang nak dimasak dan cepat disediakan. Maklum waktu mereka akan datang tu hanya ngam ngam jer dengan waktu kami sampai di rumah.

Akhirnya teringat mee hoon yang patut saya sediakan pagi sabtu semasa kakak saya ada di rumah. Tetapi hari tu, tak jadi disediakan mee hoon goreng kerana saya membuat  Masak Lodeh dan hubby pula membeli roti canai untuk sarapan.



Sesampai jer di rumah, saya terus ke dapur dan terus memasak sebelum naik ke atas untuk solat. Memang cepat jer disediakan mee hoon ni, bila semua bahan bahan sudah tersedia di dalam peti ais. Bahan bahan untuk rencah mee hoon seperti biasa jer. Bahan bahan lain yang dimasukkan ke dalam mee hoon ini hanyalah udang dan telur. Manakala sayurannya pula ialah kubis dan daun kucai selain dihias dengan daun bawang, cili merah dan bawang goreng. Hmmm siap mee hoon goreng ringkas untuk tetamu kami hari ini. Puas hati bila dapat disediakan sendiri hidangan untuk tetamu kita. Selain mee hoon goreng, mereka juga dihidangkan dengan Donut Kentang, boleh tengok resepi di SINI.





{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger