Masak Lemak Cili Padi Ikan Jenahak

Bookmark and Share




Aduh bila ikan segar, masak apa pun jadi sedap. Manis jer rasa kuahnya lebih lebih lagi menggunakan santan segar. Ini antara masakan feveret di dapur Azie dan sentiasa di ulang ulang masak. Bagi yang dah tahu cara memasak masak lemak cili padi stail noghori, bolehlah jamu mata dengan gambar gambar jer. Selain Taugeh Goreng Kicap di SINI, lauk ini lah yang menjadi lauk hidangan makan malam kami semalam sempena cuti Hari Kemerdekaan yang ke55.

Saya hari ini deman sangat dan badan menjadi sangat lemah. Rasa sungguh tak berselera. Hanya makan ketupat sotong jer beberapa ekor. Saya banyak menghabiskan masa dengan berehat sambil mendengar ceramah ceramah ugama dalam youtube yang memang sangat menginsafkan. Saya gembira kerana telah berjaya menyempurnakan puasa 6 di bulan Syawal. Semoga saya dapat kembali kepada fitrah seperti yang disebut sebut dalam kuliah kuliah terawih sebelum ini. Saya berazam untuk melakukan apa sahaja amalan yang dituntut ugama dengan penuh istiqamah.

Jom kita tengok resepi dulu...




Masak Lemak Cili Api Ikan Jenahak

Bahan bahan:
3 keping ikan jenahak
7 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
Santan secukupnya
1 asam keping
Garam

Cara cara:
Kisar semua bahan dengan sedikit santan. Masak dengan api perlahan sehingga hampir mendidih, masukkan ikan.

Masak sambil terus dikacau supaya tidak pecah minyak. Masukkan asam keping dan garam secukupnya.

Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih panas panas.




{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger