Hari ini saya memang tak bercadang untuk memasak kerana masih tidak sihat. Saya hanya ke dapur untuk menyediakan mee hoon goreng sebagai sarapan kerana saya perlu bersarapan sebelum memakan ubat yang diberi oleh doktor kerana doktor mengesahkan yang saya menghadapi masalah gastrik yang tidak pernah saya sedari selama ini.
Pada mulanya saya ingin membuat Asam Pedas sahaja kerana lebih ringkas, dan semua bahan tersedia tetapi memikirkan yang saya perlu mengurangkan masakan yang pedas pedas buat sementara waktu, saya terus menyediakan kari. Kalau disediakan kari sekurang kurangnya ada juga lauk berkuah untuk dimakan dengan nasi. Kalau diberi pilihan, saya suka juga kalau ikan terubuk digoreng garam kunyit berbanding dengan dimasak berkuah.

Saya suka sangat makan kari yang dimasak oleh kakak ipar saya. Walaupun cara memasak adalah sama dengan apa yang saya buat, agaknya air tangan yang membezakan hasilnya. Lagi pulak, kari ikan adalah suatu masakan yang baru dalam hidup saya. Saya cuma mengenalinya selepas berkahwin. Semasa kecil, bila disebut kari atau gulai kalau di kampung saya hanyalah gulai ayam atau gulai daging. Saya tak pernah ingat sekali pun, bonda saya membuat kari ikan. Jadi tentunya agak memakan masa untuk saya memasak kari berbanding dengan kakak ipar saya yang mungkin sejak kecil dihidangkan dengan masakan kari. Boleh rujuk di SINI dan di SINI untuk Kari Ikan Stail Mamak.
Kari Ikan Terubuk
4 keping ikan terubuk
2 sudu besar rempah kari Babas
1 sudu kecil halba campur
1 tangkai daun kari
1/2 inci halia
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Pes asam jawa secukupnya
Garam
Santan
1 biji terung dan 2 biji lada hijau
Panaskan minyak dan tumis halba campur dan bawang serta halia yang dimayang. Kemudian masukkan daun kari. Setelah bawang naik bau, masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak sehingga rempah betul betul garing dan wangi.
Masukkan air asam jawa ke dalam rempah dan dimasak lagi sehingga hampir kering sebelum dimasukkan santan. Masak sehingga santan hampir mendidih, masukkan ikan.
Masukkan garam , sayuran yang disukai. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah diangkat dan dihidangkan,
Nota:
Kari ikan sedap jika terasa masam masam sedikit seperti kari yang dihidangkan di restoran mamak.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar