Hari ni saya masak sambal tumis udang dengan petai. Beberapa hari lepas, saya ada membeli beberapa papan petai di pasar malam. Kebetulan petang nanti, my brother dan famili akan sampai dari Bachok atas urusan keluarga. Jadi bolehlah dibuat lauk untuk makan malam nanti.
Resepi ni sangat mudah dan semua orang pun tahu tapi mungkin berguna untuk anak anak yang baru belajar memasak sebagai rujukan. Maklum budak budak sekarang ni ramai yang tak berapa gemar ke dapur sehinggalah bila dah belajar di luar negara, baru mula nak berjinak jinak dengan dapur bila kerinduan pada masakan melayu menjelma ...
Sambal Tumis Udang dan Petai
Bahan bahan
Udang
Petai buang kulit
1-2 senduk cili kisar
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan (jika suka)
1 biji bawang besar hiris
Sedikit air asam jawa
Garam, gula
Cara cara
Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili kisar hingga garing, masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan gula terlebih dahulu, lepas tu masukkan petai, air asam jawa dan garam serta serbuk perasa.
Masukkan udang yang digoreng terlebih dahulu dan bawang hiris, masak hingga bawang lembut. Sesuaikan rasa dan kepekatan.
goreng udang dulu sekejap sahaja |
bila dah betul betul garing, masukkan gula dan petai |
masukkan udang dan bahan bahan lain |
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar