Ayam Panggang Istimewa

Bookmark and Share


Saya memang dah lama ingin cuba membuat ayam panggang atau ayam golek ke, tapi dulu tak berkesempatan sahaja walaupun bermacam macam jenis oven ada di rumah USJ.  Tapi kini bila tak ada maid, rajin lah saya ke dapur untuk menyediakan juadah untuk my laling hubby dan 2 orang anak kami yang tengah membesar tu.

Saya dah lama menyimpan resepi ini tapi baru hari ini berkesempatan untuk mencubanya. Memang sedap dimakan begitu sahaja terutama semasa masih panas panas.

Jom kita layan resepi dan gambar gambarnya ...  

Ayam Panggang
Sumber: Dapur Mina

Bahan-bahan:
1 ekor  ayam (belah 2 atau potong 4)
Kunyit serbuk atau hidup sedikit
Sedikit halia
Bawang putih
Bawang merah
Sedikit lada kering (jika suka pedas)
1 paket rempah kari ayam (brand Babas)
Jintan manis sedikit
Jintan putih sedikit
ketumbar sedikit
2 batang serai yang dititik
Garam
sedikit serbuk perasa jika suka

Kisar halus semua bahan-bahan kecuali serai. Jika suka, boleh tumbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar, biar rasanya tidak hilang semasa menggigit ayam panggang nanti. 

Bersihkan ayam dan potong ikut suka dan kemudian, ambik garpu dan cucuk-cucuk badan ayam tu supaya bila dilumur dengan rempah yang telah dikisar itu rempah ratus itu akan menyerap masuk ke dalam daging ayam dengan sekata. Lumur  ayam dengan rempah dan bahan kisar bersama garam dan serbuk perasa.  Rasalah terus garam dan gula.  Jika suka manis, bolehlah masukkan sedikit gula atau madu. Perap dahulu. 

Masukkan dalam loyang pembakar yang disapu dengan minyak. Susun ayam dan selitkan serai yang dititik di dalam kulit ayam untuk menyerbakkan aroma semasa dibakar.  Masukkan kentang yang sudah dikupas sebiji-sebiji , bawang besar dan tomato. Renjiskan 2 atau 3 tompok mentega atau marjerin ke atas ayam.  

Panaskan oven 180 degree. Bakar dalam oven selama 2 jam.  Bolehlah dihiaskan dengan daun salad dan tomato.






{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger