Pulut Kuning Kukus

Bookmark and Share





Sebenarnya sudah lama saya ingin cuba memasak sendiri Pulut Kuning, maklum dari kecil selalu sangat terdedah kepada pulut kuning terutama majlis bertunang, kahwin atau majlis di mana pembesar mengunjungi majlis keraian. Zaman dulu, kalau ada majlis seumpama itu, pulut kuning yang dibentuk menjadi pulut semangat, akan diletakkan seekor ayam percik di atasnya sebelum dipacak dengan bunga telur pahar di tengah tengahnya. Itu dah jarang terdapat sekarang ini. Yang ada, hanya pulut semangat yang dipacak bunga telur sahaja. Itu pun sekarang, pulut kuning bunga pahar dah diubahsuai, kini pulut dimasukkan dalam plastik kecil kecil, diikat dan disusun pada batang pisang, kemudiannya telur dipacak di batang pisang sahaja.

Pulut ini saya masak dengan tunjuk ajar kakak ipar saya, Kak Harison yang kebetulan ada di rumah kami. Untuk pulut ini, saya cuma menyediakan telur dadar nipis yang digulung dan dihiris nipis. Telur dadar seperti ini memang sinonim dengan pulut kuning, jika di makan begitu sahaja di Kelantan. Masa itu, tak ada pun masakan rendang rendang seperti sekarang. Yang paling saya suka juga, pulut kuning dicicah jer dengan gula pasir. Haa tu dia lah, cara saya makan pulut kuning masa kecil kecil dulu. Jom kita layan resepi pulut kuning kukus saya ....



Pulut Kuning Kukus

Bahan bahan
500g beras pulut
1 keping asam keping
1 s/b kunyit serbuk
1 inci kunyit hidup (tumbuh dan tapis air)
1 cawan santan pekat (boleh tambah)
1/2 s/b gula
1 s/k garam
Pewarna (ikut warna disukai)
Sedikit minyak masak (jika guna santan kotak)

Cara cara
Basuh beras pulut dan tos airnya. Masukkan air kunyit hidup dan pewarna. Kacau kacau supaya warna rata. Lepas tu, baru masukkan air dan rendam beras pulut dengan asam keping selama 1 -2 jam.

rendam dg air kunyit dan pewarna



Panaskan pengukus. Tos beras pulut.  Masukkan kedalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang atau daun pandan.    Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk.


kukus hingga keluar wap

Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan 

tengok dah keluar wap, boleh angkat

masukkan santan yang telah diletakkan garam dan kacau rata

kukus sekali lagi hingga keluar wap

Kukuskan lagi sekali sehingga naik wap.  Bila telah naik wap, tutup api dapur dan masukkan dalam mangkuk besar. Masukkan gula dan kacau rata bagi menjadikan pulut bersinar.

angkat dan masukkan dalam mangkuk besar

taburkan gula dan kacau rata

Bolehlah tekan pulut dalam acuan (jika mahukan pulut berbentuk). Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging atau telur dadar

siap dihidangkan panas panas



Enjoy ....




{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger