Saya membuat roti jala untuk dimakan bersama ayam masak kuzi untuk kawan kawan yang akan datang makan makan sambil bersantai. Saya dibantu oleh Juita dan Aween yang setia menjala dan saya cuma menyediakan adunannya sahaja. hahaha saya cuma bertugas menekan button blender jer. Roti jala ini sangat lembut dan sedap di makan begitu sahaja terutama semasa masih panas panas. sehingga ke malam pun masih lembut ...
Jom kita lihat gambar dan resepinya seperti di bawah ...
Roti Jala
sumber: My Resepi
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Cara-cara
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak kuzi. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.
blend jer semua bahan |
panaskan kuali |
tuang dlm acuan utk menjala |
testing, kalau putus putus, kena tambah ler air lagi |
haaa ini dah OK |
siap. sedap dan lembut |
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar