Ayam Masak Kuzi

Bookmark and Share


Semalam saya sekali lagi memasak Ayam Masak Kuzi yang pernah saya masak dulu. Kiranya ini adalah entri ulangan lah. Kuzi ni adalah masakan istimewa orang Kelantan yang dimasak hanya pada hari hari tertentu kerana agak leceh untuk membuatnya. Saya tak suka untuk selalu selalu membuat kuzi kerana ianya amat berlemak dan tentunya kandungan kolesterol juga tinggi dan tidak bagus untuk diet saya. Apa lagi saya akan makan dengan banyak bila sesuatu makanan adalah sesuatu yang digemari.

Saya menjemput beberapa orang kawan untuk singgah bagi jamuan petang di rumah kami. Pagi tadi team dari majalah MIDI datang saat saya sedang sibuk dan dapur saya sedang  berterabur mess kerana sedang menggoreng bahan bahan untuk memasak kuzi. Ayam masak Kuzi ini saya gandingkan dengan roti jala dan juga roti biasa sahaja. Kalau nak makan dengan nasi putih pun boleh juga. Tapi kalau makan dengan nasi putih, kenalah ada lauk pauk lain juga.

Jom kita tengok resepinya di bawah. Jom layannn ....

Kuzi Ayam

Bahan bahan
Ayam potong 12

Bahan perap ayam:
saffron
halia
bawang putih
garam

Potong kiub dan goreng:
hempedal ayam
hati ayam (rebus dulu), kalau suka
2 biji bawang besar

Bahan goreng:
15 biji bawang merah (setelah goreng, ditumbuk halus)
1/2 cawan kismis
1/2 cawan badam potong memanjang

Bahan tumis:
6 bawang merah - blend
4 bawang putih - blend
4 sudu besar rempah kuzi
1 cawan minyak (campur minyak sapi)
1 tin susu cair
1 botol sos tomato del monte

Cara cara
Panaskan minyak.  goreng bawang merah hiris, tos.  goreng bawang besar hingga kuning, tos.  goreng badam hingga kuning, tos. goreng kismis, tos.  goreng hempedal ayam, tos.  Akhir sekali goreng ayam separuh masak.

Dengan guna minyak yang sama, tumis bawang merah dan putih yang diblend hingga naik bau.  Masukkan rempah kuzi yang telah dicampur dg air.  Goreng hingga wangi.  Masukkan air, susu cair, sos tomato, kacau rata.

Masukkan bahan goreng yang lain spt ayam, bawang goreng tumbuk, badam, kismis, hempedal, bawang besar goreng dsb.  masukkan gula dan garam.  Masak hingga agak pekat.
Sedap dimakan dg roti jala, nasi minyak dsb.


bawang putih dan bawang merah utk menumis


antara bahan bahan diperlukan


ayam diperap dg bawang putih, halia dan garam


lagi bahan bahan diperlukan


bawang merah hiris dan bawang besar potong dadu



bancuh rempah kuzi dg sedikit air


goreng bawang hiris sehingga garing


bawang goreng ditumbuk sehingga lumat


hirisan badam dioreng hingga kekuningan


kismis digoreng


bawang besar, badam dan kismis yg telah digoreng


hati dan mempedal yg telah dipotong dadu dan digoreng


akhir sekali goreng ayam separuh masak


tumis bahan tumbuk hingga wangi


masukkan rempah kuzi


masukkan sedikit air


tuang 1 tin susu cair


masukkan 1 botol sos tomato, jenama del monte tau ...


masukkan hati dan mempedal


masukkan bawang besar, badam dan kismis


kacau rata


masukkan ayam goreng


masukkan bawang goreng yg ditumbuk, garam dan gula


masak sehingga pekat


siap dihidang ..


{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger