Sebenarnya sudah lama saya tidak memasak Sup Kepala Ikan kerana hubby tidak membeli kepala ikan. Resepi ini saya pelajari dari sahabat saya Dr Sabariah yang pada masa itu tinggal di UiTM Segamat kerana suaminya bertugas sebagai Penyelia. Saya mempelajari dengan melihat sendiri beliau memasaknya dan sejak itu, ianya sudah menjadi resepi kegemaran kami sekeluarga bagi memasak kepala ikan. Kepala ikan yang biasa saya guna adalah kepala ikan merah atau ikan jenahak. Lain lain kepala ikan, tak pernah lagi saya mencubanya.
Semalam semasa ke Giant, saya telah membeli kepala ikan jenahak dan kepala ikan merah yang sederhana saja saiznya. Lama tak makan sup kepala ikan ni, menjadikan sup yang dibuat ini rasa sangat sedap ..
Jom kita layan resepinya dulu ...
Sup Kepala Ikan
Kepala Ikan
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Kulit kayu manis, bunga lawang
1 sudu besar lada hitam
Garam
Daun sup
Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris. Lada hitam ditumbuk kasar. Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang. Masukkan bawang dan halia hiris. Goreng hingga wangi.
Masukkan sedikit air dan biarkan air mendidih, sebelum dimasukkan kepala ikan yang sudah dipotong kecil. Bila ikan hampir masak, masukkan lada hitam dan garam. Sesuaikan rasa dan taburkan daun bawang sebelum menutup api.
Masukkan sedikit air dan biarkan air mendidih, sebelum dimasukkan kepala ikan yang sudah dipotong kecil. Bila ikan hampir masak, masukkan lada hitam dan garam. Sesuaikan rasa dan taburkan daun bawang sebelum menutup api.
Masa dihidang, boleh ditaburkan sekali lagi daun bawang dan bawang goreng jika mahu. Makan semasa panas dengan nasi panas sangat lah sedap. Mudah dan cepat disediakan.
tumis bawang dan halia |
masukkan air secukupnya |
bila mendidih, masukkan kepala ikan |
masukkan lada hitam |
akhir sekali garam dan daun sup |
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar