Masak Lemak Cili Padi Ikan Talapia

Bookmark and Share
   


Tadi my Laling pergi menemani Din untuk mengambil bekalan ikan dari kolam Dato Shafie di Ulu Yam untuk dibuat barbeque masa gathering rumah Dato Salehudin esok. Sempat di bawa balik 3 ekor. Saya terus memasak masak lemak cili padi. Seronok tengok anak anak makan sebab bukan sahaja menambah nambah tapi siap ada ulangan lagi. Jadi malam tadi juga, sudah licin semua masak lemak. Memang berbaloi bila melihat hubby dan anak anak makan dengan berselera apa yang kita masak.

Resepi ini dah banyak kali dibuat dalam entri sebelum nya. Cuma kali ini saya menggunakan cili padi hijau kampung, jadi kuah lemaknya berwarna kuning. Saya memang suka kuah yang berwarna kuning. Sebelum ini, cili padi berwarna merah, jadi kuahnya berwarna kemerahan sikit. Saya masih mengikut cara masakan yang diajar oleh Zu.  Haaa kalau nak tahu macam mana caranya, boleh rujuk pada entri sebelum ini dengan klik di SINI ya ...





{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger