PANDUAN MENYELAMATKAN DIRI DARI KEBAKARAN
APABILA BERLAKU KEBAKARAN PATUHILAH LANGKAH-LANGKAH BERIKUT:
- Jangan panik. Bunyikanlah penggera untuk memberi isyarat kepada semua penghuni rumah. Selamatkanlah diri anda dan keluarga anda melalui jalan keluar yang sedia ada atau yang telah ditetapkan.
- Hubungilah balai bomba yang berhampiran. Berikan butir-butir lengkap mengenai lokasi rumah anda.
- Sementara menanti ketibaan anggota-anggota bomba, cubalah padamkan api dengan alat pemadam api. INGAT! Jangan sampai membahayakan diri anda.
PETUA UNTUK MENYELAMATKAN DIRI DARIPADA KEBAKARAN JALAN KELUAR
Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan. Api memang tidak mengenal darjat penghuni dan rumah kediaman mereka. Apabila berlaku kebakaran, langkah yang paling penting ialah mencari jalan keluar. Oleh itu anda mestilah mengenal pasti sekurang-kurangnya dua jalan keluar di rumah anda untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran.
BINCANGKAN PELAN MEYELAMATKAN DIRI DENGAN KELUARGA
Anda harus mengadakan perbincangan dengan keluarga anda mengenai pelan menyelamatkan diri daripada kebakaran di rumah. Pastikan seluruh keluarga anda memahami dan mengetahui apa yang perlu dibuat jika berlaku kebakaran. Adakan latihan amali di hujung minggu atau bila ada masa lapang supaya ia sentiasa dalam ingatan ahli keluarga anda.
CUBA ELAKKAN PENGGUNAAN JERIJI
Cuba elakkan penggunaan jeriji besi pada tingkap dan pintu rumah anda. Jika anda terpaksa menggunakannya, pastikan jeriji tersebut boleh dibuka daripada dalam rumah dengan mudah.
JALAN KELUAR TIDAK DIHALANG
Pastikan semua jalan keluar di rumah anda mudah dilalui dan bebas daripada sebarang halangan.
ANAK KUNCI MUDAH DIAMBIL
Setiap ahli keluarga mestilah tahu di mana anak kunci pintu atau jeriji biasanya disimpan. Jangan mengubah tempat menyimpan anak kunci.
MEMASANG ALAT PENGESAN ASAP
Pastikan anda memasang sekurang-kurangnya satu pengesan asap di rumah untuk memberi isyarat bermulanya kebakaran.
KESELAMATAN KEBAKARAN DI KOLEJ
Berada berjauhan dari rumah menyebabkan anda terpaksa memikul tanggungjawab yang lebih, termasuk menjaga asrama dan kolej bebas daripada kebakaran.
Memasak
- Anda hanya boleh memasak jika dibenarkan
- Jika menggunakan dapur, pastikan bersih dan tidak bersepah
- Elakkan daripada menggunakan perkakas elektrik secara berterusan atau membebankan palam pencucuh elektrik
- Jangan biarkan aktiviti memasak tanpa diawasi. Jika api bermula daripada ketuhar mikro gelombang, pastikan pintu ditutup dan tanggalkan plug dari soket. Jangan cuba untuk memindahkan bekas yang terbakar dari ketuhar mikro gelombang
Merokok
- Jika anda ingin merokok, pergi ke tempat yang dibenarkan untuk merokok
- Gunakan bekas abu rokok yang besar dan berat. Pastikan puntung rokok dipadamkan sepenuhnya sebelum dibuang
- Jangan sekali-kali merokok sambil berbaring di atas katil
- Adalah berbahaya jika ada merokok dalam keadaan mabuk atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk Lilin
- Lilin hanya boleh dinyalakan jika pengunaannya dibenarkan
- Pastikan nyalaan lilin diawasi
- Letakkan lilin jauh dari dinding, langsir, barangan perhiasan dan cecair mudah terbakar
- Letakkan lilin di atas tempat yang stabil. Gunakan pemegang lilin yang stabil dan jangan biarkan ia menyala sampai ke hujungnya
Sentiasa Bersedia Menghadapi Kebakaran
- Bangunan di tempat anda mempunyai pelan pengungsian. Pelajarilah dan cuba turut serta dalam latihan kebakaran, seolah-olah ianya seperti kejadian yang sebenar. Tanda bahaya yang palsu bukanlah satu jenaka, laporkan dengan segera kepada pihak Bomba.
- Kenal pasti setiap lokasi pintu keluar di bangunan itu bagi memastikan anda dapat keluar walaupun dalam keadaan gelap sekiranya berlaku kebakaran.
- Alat pengesan asap dapat membantu menyelamatkan diri anda hampir 50 peratus lebih tinggi berbanding dengan bangunan yang tidak memilikinya. Jangan cuba alihkan bateri dari pengesan asap. Sistem pancuran basah / kering dapat menyelamatkan nyawa dan harta benda anda dari dijilat api. la dapat melindungi kawasan persekitaran dengan memadam dan mengawal kebakaran. Elakkan dari menggantung apa saja barang pada paip pancuran ataupun muncungnya.
- Alat pemadam kebakaran dapat mengawal kebakaran yang kecil. Jangan bermain dengan pemadam kebakaran.
- Apabila terdengar loceng keselamatan berbunyi, segera beredar. Tutup pintu sebaik sahaja anda meninggalkan tempat itu. Jika anda tidak dapat melarikan diri, kembali semula ke bilik anda.
Tips Menyelamatkan Diri
- Dalam keadaan yang dipenuhi asap, anda boleh menyelamalkan diri dengan cara merangkak dan pastikan kepala anda berada di ZON SELAMAT untuk bernafas, iaitu di bahagian satu hingga dua kaki (30 hingga 60 cm) dari paras lantai di mana pada tahap ini udaranya bersih.
- Sekiranya anda terperangkap di dalam bilik semasa kebakaran, sebelum membuka pintu anda hendaklah merasai kehangatan daun pintu, tombol dan bingkai pintu dengan menggunakan belakang tangan. Sekiranya daun pintu dan tombol terasa panas, jangan buka pintu dan carilah jalan keluar alternatif. Sekiranya daun pintu tersebut tidak panas, anda hendaklah melutut dan melekapkan bahu ke daun pintu terlebih dahulu sebelum membuka pintu secara perlahan-lahan dan berhati-hati. Sebaliknya jika asap dan haba mula memasuki bilik, tutup pintu rapat-rapat dan gunakan jalan keluar alternatif.
- Sekiranya anda terperangkap, hubungi pihak Bomba dengan segera. Maklumkan kedudukan anda. Tutup ruang di bawah pintu dengan menggunakan selimut, cadar, tuala dan sebagainya bagi mengelakkan asap masuk ke ruang bilik.
- Beri isyarat dengan berdiri berhampiran tingkap anda. Sekiranya tingkap boleh dibuka, buka sedikit di bahagian atas dan bawahnya. Sekiranya asap masuk ke dalam bilik, tutup tingkap dengan segera.
- Tiada satu pun bangunan yang benar-benar selamat. Walaupun bilik asrama atau rumah anda diperbuat dari konkrit, ianya dapat menghasilkan toksik yang berpunca dari api yang kecil.
KESELAMATAN BARANGAN ELEKTRIK
- Lampu hendaklah ditempatkan di permukaan yang jauh dari apa-apa bahan yang boleh terbakar.
- Gunakan mentol yang sepadan dengan watt lampu
- Gunakan pelindung untuk melindungi mentol daripada pecah sekiranya lampu terkena hentaman yang kuat.
KUASA ELEKTRIK DI LUAR RUMAH
- Alatan elektrik yang dipasang di luar rumah seperti di anjung hendaklah kalis cuaca.
- Jangan gunakan penyambung pendawaian untuk lampu neon atau lampu "kelip-kelip".
- Jangan gunakan perkakasan elektrik di luar rumah ketika permukaan tanah dalam keadaan basah melainkan peralatan tersebut telah lulus ujian dan boleh digunakan.
- Jangan gunakan penyambung pendawaian untuk lampu luar.
KABEL ELEKTRIK
- Jangan menyentuh kabel kuasa - anda mungkin akan terkena renjatan dan terbakar teruk.
- Simpan tangga (terutama tangga besi) jauh dari kabel kuasa.
- Laporkan kerosakan kabel kuasa dan tandakan kawasan berkenaan bagi memberi amaran kepada orang ramai yang menghampirinya.
TANDA AMARAN
Kenalpasti masalah-masalah elektrik yang wujud sebelum terjadinya renjatan dan kebakaran. Perhatikan perkara-perkara berikut :-
- Masalah berulang seperti flus terputus atau bekalan terputus.
- Terdapat kejutan karan apabila anda menyentuh perkakasan elektrik.
- Berbau getah terbakar yang datang dari perkakasan elektrik.
- Lampu berkelip-kelip. Jangan tunggu sehingga masalah menjadi besar. Hubungi pihak berkuasa Tenaga Nasional Berhad atau juruteknik yang berkelayakan.
STATISTIK RENJATAN ELEKTRIK
- Setiap tahun renjatan elektrik dan kebakaran menyebabkan beratus-ratus orang mati dan beribu-ribu mengalami kecederaan. Beberapa asas keselamatan elektrik dapat mengurangkan risiko kepada anda.
KEROSAKAN FlUS DAN LITAR
- Jika fius terbakar atau berlaku kerosakan pendawaian yang menyebabkan bekalan terputus, jangan kembalikan ke kedudukan asal. Kenalpasti punca-punca yang menyebabkan keadaan tersebut berlaku dan atasi masalah tersebut.
- Setiap fius di rumah anda mestilah mempunyai ukuran dari segi kemampuan menampung beban elektrik. Apabila anda menukar fius pastikan ianya mampu menampung kemampuan litar.
- Seterika dan lain-lain peralatan pemanas menggunakan arus elektrik yang banyak. Jangan gunakan plug lebih dari satu di soket atau litar yang sama.
PEMUTUS LITAR (ELCB)
- Pemutus Litar Bocor ke Bumi boleh mengurangkan risiko renjatan apabila berlaku kerosakan litar dan peralatan elektrik dengan bertindak lebih pantas berbanding pemutus fius biasa. ELCB tidak mahal dan mesti dipasang di setiap rumah anda. Ujian bulanan hendaklah dibuat dengan menekan 'butang ujian'.
SOKET ELEKTRIK
- Soket elektrik tiga cabang adalah diterima dengan satu cabang lebih besar dari yang lain.
- Pastikan plug anda sesuai dengan soket elektrik.
- Sekiranya terdapat anak kecil di rumah anda letakkan di rumah anda letakkan penutup plastik keselamatan di soket yang digunakan.
PERKAKASAN ELEKTRIK
- Perkakasan yang dibeli hendaklah mempunyai label yang menunjukkan barangan tersebut telah diluluskan semasa ujian oleh SIRIM.
- Simpan perkakasan elektrik yang menghasilkan kepanasan seperti seterika sekurang- kurangnya 1 meter dari tirai, perabot dan apa-apa peralatan yang mudah terbakar.
- Pastikan plug tidak dipasang pada perkakasan kecil seperti 'toaster', 'coffeemakers' apabila tidak digunakan.
- Mengadakan ruang udara yang mencukupi di sekitar komponen elektrik seperti komputer, stereo system untuk mencegah bahang panas yang berlebihan.
PENDAWAIAN/PENYAMBUNG
- Gunakan pendawaian mengikut kadarnya.
- Gantikan pendawaian yang rosak.
- Pastikaan sambungan tidak menghalang laluan atau disorok di bawah karpet.
- Gunakan penyambung yang diluluskan oleh SIRIM
KEROSAKAN FlUS DAN LITAR
- Jika fius terbakar atau berlaku kerosakan pendawaian yang menyebabkan bekalan terputus, jangan kembalikan ke kedudukan asal. Kenalpasti punca-punca yang menyebabkan keadaan tersebut berlaku dan atasi masalah tersebut.
- Setiap fius di rumah anda mestilah mempunyai ukuran dari segi kemampuan menampung beban elektrik. Apabila anda menukar fius pastikan ianya mampu menampung kemampuan litar.
- Seterika dan lain-lain peralatan pemanas menggunakan arus elektrik yang banyak. Jangan gunakan plug lebih dari satu di soket atau litar yang sama.
PEMUTUS LITAR (ELCB)
- Pemutus Litar Bocor ke Bumi boleh mengurangkan risiko renjatan apabila berlaku kerosakan litar dan peralatan elektrik dengan bertindak lebih pantas berbanding pemutus fius biasa. ELCB tidak mahal dan mesti dipasang di setiap rumah anda. Ujian bulanan hendaklah dibuat dengan menekan 'butang ujian'.
SOKET ELEKTRIK
- Soket elektrik tiga cabang adalah diterima dengan satu cabang lebih besar dari yang lain.
- Pastikan plug anda sesuai dengan soket elektrik.
- Sekiranya terdapat anak kecil di rumah anda letakkan di rumah anda letakkan penutup plastik keselamatan di soket yang digunakan.
PERKAKASAN ELEKTRIK
- Perkakasan yang dibeli hendaklah mempunyai label yang menunjukkan barangan tersebut telah diluluskan semasa ujian oleh SIRIM.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar