Candy Buffet Yang Elegan

Bookmark and Share






Idea untuk menyediakan Candy Buffet dibuat Nana, Nellisa, Juita dan Boy berbulan sebelum majlis berlangsung. Kebetulan saya pernah mendengar berkenaan Candy Buffet ini dari Kak Rohana Yusoff semasa perkahwinan Bahijah. Namun saya difahamkan Candy Buffet mereka adalah untuk goodies bag di mana tetamu mengambil sendiri apa apa yang disukai dan memasukkan ke dalam paper bag yang disediakan sebagai door gift. Tetapi difahamkan dari Kak Ana yang masyarakat kita masih belum biasa dengan cara ini, jadi mereka masih malu malu dan segan segan untuk mengambilnya. Manakala candy buffet di rumah kami adalah lebih berupa dessert yang boleh diambil oleh tetamu dan diletakkan ke dalam pinggan yang disediakan. 











Penyediaan candy buffet bermula dengan pencarian Candy Jar yang pelbagai bentuk dan saiz. Kami mencarinya di merata tempat termasuklah SSF, Ikea dan juga kedai kedai di Klang. Hajat nak ke Nilai 3 tak kesampaian apabila perjalanan balik dari Segamat telah terlewat dek hujan yang lebat sepanjang perjalanan. Akhirnya dapat juga pelbagai bentuk jar yang cantik dengan pertolongan sahabat kami, Latifah. Cantik sangat jar ini bila dihias dengan riben riben berwarna lilac dan silver bertepatan dengan warna tema majlis.






Antara cookies yang dihidangkan ialah coklat Ferero Rocher, Cookies Famous Amos, waffle, Moist Chocolate Cupcake dan Blueberries Cheese Tart. Ferero Rocher yang dihias cantik adalah antara tarikan utama di meja berkenaan. Seronok melihat tetamu yang juga seronok menikmati dessert melalui pengalaman baru. Apa apa pun sangat berpuashati kerana usaha anak anak sangat berhasil dan memenuhi apa yang mereka inginkan.





{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger