My Best Ever Butter Cake

Bookmark and Share





Seharian cuaca mendung menjadikan aktiviti luar terbatas. Hubby pulak asyik dok depan TV menyaksikan Sukan Sea live dari Palembang. Kalau pagi tadi, buat Puding Kasih Bertaut, tengahari, saya buat pulak Kek Butter menggunakan pure butter dari New Zealand jenama Anchor. Semasa sedang dibakar di dalam oven, dah terbau keharuman butter yang tak pernah saya dapati semasa membuat kek yang menggunakan lain lain butter.

Memang berbaloi membeli butter yang mahal untuk menghasilkan Butter Cake yang enak. Nama pun butter cake, jadi butter adalah bahan utama yang menentukan keenakan kek yang kita buat. Pure butter atau mentega adalah merujuk kepada kandungan yang mengandungi lemak susu lembu, air dan garam spt Golden Churn, Fern, Anchor, SCS, President dsb. Yang lain lain seperti Buttercup, Buttermaid bukan pure butter tetapi adalah lepa susu campuran minyak kelapa sawit, lecithin soya, lemak susu tulin dll. Jadi kita pilih pure butter jika ingin membuat butter cake ya.

Resepi untuk membuat kek ini juga sangat simple hanya menggunakan 5 bahan sahaja, tempoh penyediaan juga sangat singkat. Campak sahaja kesemuanya di dalam mixer dan kisar secara berperingkat dari low, medium hingga ke high level. Apa kata anda cuba membuatnya sendiri di rumah. Kek ini teramatlah sedapnya, memang resepi yang terunggul lah. Saya amat berpuashati kerana pencarian resepi kek butter berjaya akhirnya. Kek ini memang menepati selera saya iaitu lembut, gebu dan lembab.

Aduhaiiii sedap nyer ...Jom kita layan resepinya  ... 
 
Butter Cake

250g pure butter (saya guna jenama Anchor)
250g tepung naik sendiri
180g gula kastor
4 biji telur
1/2 cawan susu segar

Cara cara:
1. Panaskan oven dalam 20 atau 30 minit.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (low speed kemudian sederhana kemudian high speed)
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dgn tepung
4. Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati.
5. Masukkan dalam loyang dan bakar suhu 180 selama 40 minit.






{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger