Kuih Talam Ubi Keledek

Bookmark and Share






Saya memesan anak saudara yang balik bercuti di kampung supaya membeli ubi keledek di sana. Di Kelantan harga ubi keledek sangat murah, dijual dalam satu pek plastik besar dengan harga dalam belasan ringgit sahaja berbanding di KL yang dijual mengikut harga kilo.

Jadi terfikir apa kuih yang ingin dimasak menggunakan ubi keledek ini.  Apa lagi saya pun mula lah membuka ipad dan mencari resepi yang berkenan di hati untuk mencubanya. Apa apa pun sangat berpuashati dengan resepi ini, kuihnya sangat sedap dan rasa kental ala ala dodol gitu ..

Jom kita layan jer resepi nya .....


Kuih Talam Ubi Keledek

lapisan bawah
300 gm keledek merah - rebus dan lecek
75 gm tepung beras
75 gm tepung ubi
150 gm santan kotak
150 gm air
250 gm gula pasir - (guna 200 gm)
1 sudu kecil garam
1/2 sudu teh esen vanila (jika suka)
sedikit pewarna kuning

lapisan atas
100 gm tepung ubi
200 gm santan pekat
200 gm air
2 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam


cara
lapisan bawah
Blend semua bahan dan masukkan dalam periuk. Kacau di atas api sederhana hingga pekat.

Sapu minyak pada loyang. Tuangkan ke dalam loyang. Boleh juga gunakan acuan kecil hingga paras separuh sahaja dan kukus selama 7 minit.

lapisan atas
Blend semua bahan dan masukan ke dalam periuk dan kacau atas api hingga pekat dan tuang ke atas adunan keledek tadi.
Kukus semula selama 10 minit.
Sejukkan terlebih dahulu sebelum dekeluarkan dari acuan dan dipotong

rebus keledek hingga empuk 


saya tumbuk dulu
  

satukan semuanya


kemudian blend jer semua sekali


Masak sekejap sehingga pekat


Kukus dan gorek dengan garpu


Blend lapisan atas dan masak sehingga pekat


Kukus sekali lagi dalam 10 minit


Potong bila betul betul sejuk


Enjoy ...




{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger