Kek Marble Trio

Bookmark and Share






Lembut, gebu dan lembab.  Itu lah yang menarik hati saya untuk mencuba membuat kek marble trio resepi Mat Gebu.  Tambahan pula komen komen dan gambar yang dipos semuanya mengujakan saya untuk mencuba. Saya memang suka makan kek yang plain dengan sedikit perisa jer. Terpaksa lah minta hubby mencarikan converter sebab saya beli mixer Kitchen Aid dari USA yang voltannya tak sama dengan tempat kita. Hari ini kiranya first time lah menggunakan mixer Kitchen Aid ini ... memang sangat memudahkan kerja. 

Saya berazam untuk cuba membuat kek yang lembab, gebu dan menepati selera saya.  Selagi tak jumpa, saya akan terus mencari dan mencuba resepi resepi hingga berjaya.  Kebetulan hari raya Aidil Adha kali ini, kami akan menyambutnya di Nur Qaseh sahaja, jadi saya memikirkan kuih muih yang akan dimasak.  Tahun ini kami membuat ibadah korban bersama rakan rakan alumni ETHICA di Penjara Kajang sebagai sokongan kepada Dato Hassan Sakimon, big boss Jabatan Penjara Malaysia.

Memang kek ini sangat lembut, gebu dan lembab.  Sebaik dipotong, secara tak sedar, dah hampir suku dari kek dah hilang.  Hahaha hilang ke mana tu? Haa begitu lah sedapnya.  Nak tahu bagaimana sedapnya, apakata cuba  membuatnya sendiri dengan menggunakan resepi yang diberikan.  Jom kita layan resepi dan gambar gambarnya  .....  

KEK MARBLE TRIO
sumber: Mat Gebu

Bahan-bahan ( Acuan ( 8 x 8 x 3 ) inci )

300 g mentega, pada suhu bilik (or unsalted butter)
280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh serbuk penaik*
1 camca besar susu tepung* (*disatukan dan diayak)
5 biji telur Gred A
250 g gula kastor (boleh kurangkan)
1 camca besar Ovallate
30 g Gliserin
20 ml air
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh strawberi emulco
1 camca teh coklat emulco

Cara cara
1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).
4. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + vanilla essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 10 minit  pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

Nota:
Kalau tak ada gliserin, boleh gantikan dengan 50 ml susu cair atau whipping cream.


Putar majerin hingga gebu

Masuk tepung yg diayak bersama susu & baking powder

Putar rata dan ketepikan

Telur diputar dg ovallete dan gula hingga gebu

Gebu macam adunan bahulu

masukkan adunan tepung dan kacau rata

bahagi dan warnakan

Masuk dalam acuan secara berselang seli

lorekkan mengguna chopstick

siap utk dibakar dlm oven yg telah dipanaskan


bila sejuk baru dipotong

Lembut, gebu dan lembab

enjoy ...





{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger