Kek Marble Trio lagi

Bookmark and Share





Hari ini saya membuat sebiji lagi kek marble trio kerana kek yang dimasak semalam sudah hampir habis di makan oleh saya sendiri. hahaha hancuish diet kalau macam ni. Jadi saya masak lagi untuk juadah di hari raya esok.

Kali ini saya menggunakan perisa pandan dan strawberry selain dari perisa vanilla. Saya letak sekali lagi resepi di bawah untuk memudahkan sesiapa yang ingin mencuba resepi ini. A must try recipe. Memang berbaloi mencubanya, pasti anda suka. Selepas sehari, saya rasa kek ini bertambah sedap. Ada orang suka makan kek panas panas, saya pula suka makan kek yang dah sejuk, baru dapat dinikmati keenakan rasa kek. Kek ini sangat lembut, gebu dan lembab. Memang menepati citarasa saya ... teramat lah gebunya.  Kalau semalam, saya dah terlebih membakarnya, kali ini just nice dan lebih lembab, lebih yummy.   Jom layan ...

KEK MARBLE TRIO
sumber: Mat Gebu

Bahan-bahan ( Acuan ( 8 x 8 x 3 ) inci )

300 g mentega, pada suhu bilik (or unsalted butter)
280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh serbuk penaik*
1 camca besar susu tepung* (*disatukan dan diayak)
5 biji telur Gred A
250 g gula kastor (boleh kurangkan)
1 camca besar Ovallate
30 g Gliserin
20 ml air
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh strawberi emulco
1 camca teh pandan emulco

Cara cara
1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.

2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.

3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu 

4. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.

5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + pandan emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + vanilla essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.

6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 10 minit  pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

Nota:
Kalau tak ada gliserin, boleh gantikan dengan 50 ml susu cair atau whipping cream.






{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger