Saya tidak ke mana mana hari ini, hari raya kedua Aidil Adha, jadi pagi pagi lagi saya sudah masuk ke dapur untuk menggoreng daging korban memandangkan Aween kata daging goreng tu sedap tapi dia tak sempat makan banyak. Sarapan saya hari ni umpama nasi berlauk kerana saya makan nasi putih dengan lauk daging kerutub dan daging goreng garam kunyit. Memang sedap, terasa seolah saya berada di kampung kerana itu lah menu menu yang diambil pada pagi pagi musim raya ni.
Tengahari saya mula memasak sup tulang kaki lembu yang my brother bawa dari Kelantan. Di samping itu, saya merebus ubi keledek baki yang dibawa dari Kelantan. Saya ingin membuat keria untuk dibuat frozen. Jadi bila bila nak makan, kuih dah tersedia, cuma tinggal disira dengan air gula jer lagi. Saya menjemput beberapa orang jiran untuk datang menikmati sup gear box dicicah dengan roti gardenia dan juga kuih keria.
Bila malam, saya masuk dapur sekali lagi untuk memasak Kek Marble Trio lagi kerana kek yang dibuat sebelum ini dah pun habis. Mungkin boleh dibawa sedikit ke pejabat ke, gitu lah rancangannya. Kali ini saya cuba untuk membuat corak marble yang lain dari yang saya buat sebelum ini yang berselang seli. Kali ini, saya hanya membuat corak marble secara bertompok tompok dan dilorek dengan chopstick. Resepinya boleh dirujuk pada entri sebelum ini.
Jom kita layan gambar gambar dan aktiviti kami hari ini ...
 |
| Kuih keria untuk dibuat frozen |
 |
| Betik yg dipetik dari pokok belakang rumah kami |
 |
| Haa ini baru betul betul gear box |
 |
| Hidang utk dicicah dengan roti gardenia |
 |
| Menjemput jiran datang beraya |
 |
| Kek Marble Trio |
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar