Telur Ikan Goreng Garam Kunyit

Bookmark and Share





Saya memang suka sangat makan telur ikan. Kalau ikan yang ada telur, mesti saya yang akan mengorek telurnya. Hubby pun dah tahu kesukaan saya ini. Jadi kalau ikan ada telur, dia dengan sendiri akan memberinya pada saya. Saya sebenarnya dah lama teringin nak memakan telur ikan mayong tetapi bukan senang nak berkebetulan dengannya. Sedap kalau dimasak lemak dan diletak daun kunyit. Waah sedap gitew.  Hari ke Pasar Taman Tun, saya membeli 4 ketul telur ikan tenggiri dengan harga RM9. Melihat telur ikan yang memang fresh dan berwarna kemerahan cantik, memang membuatkan saya tak sabarnuntuk memasaknya. 


Oleh kerana telurnya hanya sedikit, jadi saya hanya melumur dengan garam kunyit dan digoreng sahaja. Selepas agak masak, saya masukkan bawang besar kuning yang dihiris dan juga lada solok yang dibawa kakak saya dari Kelantan. Aduhaaai memang sedap sangat telur ikan ini dan masih terasa kemanisannya... Syukur ke hadrat Illahi kerana memberi rezeki pada hambaMu ini....


{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger