Nasi Goreng Cina Paling Ringkas

Bookmark and Share





Sebetulnya dah agak lama, saya tidak memasak. Kalau tak silap, sejak balik dari Egypt, saya mula jarang ke dapur dek kesibukan tugas di pejabat yang menyebabkan masa di rumah, lebih kepada berehat. Lebih lebih lagi bila hubby dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan nasi. Jadi saya terpaksa mengurangkan aktiviti masak memasak sebagai sokongan kepada encik hubby juga.


Pagi ini saya masuk ke dapur lebih awal dari anak anak dan bila terlihat ada baki nasi putih yang dimasak malam tadi, saya memutuskan untuk menyediakan Nasi Goreng Cina yang sangat mudah. Memang mudah kerana saya hanya menggunakan bawang putih sebagai perencah. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng sedikit ikan bilis sehingga garing, angkat dan ketepikan. Dengan menggunakan minyak yang sama, saya masukkan bawang putih yang dicincang. Apabila bawang putih mula kekuningan,  masukkan nasi dan dikacau rata. Kemudian pecahkan 2 biji telur di tepi kuali sebelum digaul rata dengan nasi. Akhir sekali, masukkan garam dan serbuk lada sulah. Angkat dan ceduk ke dalam mangkuk hidangan dan tabur ikan bilis goreng. Siap untuk dihidangkan.

Sekianlah entri sempoi dari saya supaya mood maintain dan tak hanyut ke laut ini.




{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger