Sempena cuti hari krismas hari ini, saya menyediakan Kari Ikan Merah untuk hidangan tengahari yang dimakan bersama Kacang Panjang goreng dan Ikan Keropok goreng serta sambal belacan. Kali ini saya memasak kari secara biasa jer, bukan kari mamak seperti yang biasa saya buat. Oleh kerana belum betul betul sihat, saya memasak sambil duduk di atas bangku tinggi. Namun saya bernasib baik kerana hubby sangat ringan tulang untuk membantu menyiang dan membersihkan ikan dan sebagainya. I am blessed.
Sunyi pulak terasanya pagi ini bila mengingatkan bonda saya yang telah balik kampung petang semalam. Dia memang dah tak sabar nak balik, pukul 1 dah bersiap walaupun hendak ke airport pukul 4. Hmmm begitu lah orang tua yang tidak betah duduk lama lama di rumah anak anak. Harap harap saya nanti tidak begitu. Sempena pertunangan Nana, saya juga berazam untuk menjadi seorang mertua yang baik. Saya ingin melayan menantu seperti anak sendiri, sebagaimana kita menyayangi anak sendiri, begitu juga kasih sayang perlu diberi pada menantu. Kerana sekali hati tercalar pasti susah untuk diperbetulkan lebih lebih lagi menantu perempuan. Hanya azam dan peringatan untuk diri sendiri.
Jom kita layan resepi Kari Ikan saya hari ini...
Kari Ikan Merah
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Ikan Merah
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji limau nipis
3 sudu besar serbuk kari ikan Babas
Halba campur
Cili kisar
Asam jawa
Garam
Kacang bendi
Tomato buah
Cili hijau
2 pelepah daun kari
Santan
Panaskan minyak dan masukkan halba campur dan sedikit cili kisar. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia serta daun kari. Goreng sehingga garing sebelum dimasukkan serbuk kari ikan yang telah dibancuh dengan sedikit air.
Setelah garing, masukkan air asam jawa dan biarkan pecah minyak. Masukkan santan dan masak sehingga mendidih.
Akhir sekali, masukkan bendi, tomato buah dan cili hijau. Masukkan garam dan serbuk perasa. Bolehlah angkat setelah disesuaikan rasa dan kepekatannya.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar