Hershey's Perfectly Chocolate Cupcakes

Bookmark and Share




  


Kami menyediakan juga coklat cupcake sebagai salah satu dessert untuk hidangan Candy Buffet. Kali ini kami menggunakan resepi yang ditulis sebagai Hershey's Perfectly Chocolate Cake dari kotak Hershey's Cocoa. Setelah diamati, di dapati resepi ini  hampir sama dengan resepi Moist Chocolate Cake yang telah saya gunakan selama ini di SINI dan di SINI. Cuma yang berbeza ialah sukatan tepung, minyak dan penggunaan whole milk. Kesimpulan, resepi ini adalah resepi yang sama dan menghasilkan kek yang sangat moist. Memang resepi ini agak popular kerana ramai yang mencubanya di serata dunia giteww.

Saya tuliskan juga resepinya di bawah untuk rujukan di masa masa akan datang. Manakala resepi frostingnya, menggunakan resepi Classic Vanilla Buttercream yang memang sedap sehingga saya dan anak buah, Amelia dan Amir sama sama dok menjilat lebihan buttercream di mixing bowl sebelum membasuhnya. Memang lembut bak ais krim yang tidak manis rasanya. Hmmm suka suka suka sekali dengan buttercream ini. Boleh klik di SINI juga untuk melihat entri berkenaan Rainbow Cake In A Jar yang menggunakan buttercream yang sama.








Hershey's Perfectly Chocolate Cupcakes
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 cawan gula
1 3/4 cawan all purpose flour
3/4 cawan natural unsweetened Hershey's cocoa 
1 1/2 sk baking powder
1 1/2 sk baking soda
1 sk garam 
2 biji telur telur
1 cawan whole milk
1/2 cawan vegetable oil
2 sk vanilla extract
1 cawan air mendidih


Nota:

Sama dg resepi Azie Kitchen best moist chocolate cake kecuali 2 cawan tepung gandum,  1 cawan minyak dan menggunakan 1 cawan buttermilk, bukan wholemilk. 

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. Di dalam mangkuk, satukan gula, serbuk koko, baking powder, baking soda dan garam.

Tambahkan telur, susu, minyak dan vanilla. Putar dengan kelajuan sederhana selama 1 minit. Tuangkan air mendidih. Adunan agak cair, tapi jangan risau.

Tuangkan adunan ke dalam jug sebelum dituang ke dalam paper cup sebanyak 2/3 penuh. Bakar selama 18-22 minit. Sejukkan sebelum diletak frosting. 1 adunan menghasilkan 25 cupcakes.



Classic Vanilla Buttercream Frosting
1 cawan unsalted butter - lembut 
3 - 4 cawan powdered sugar - ayak
1/4 sk garam
1 sb vanilla extract
4 sb heavy cream atau milk

Cara cara:
Putar butter beberapa minit menggunakan kelajuan sederhana sehingga ringan dan gebu. 

Tuangkan 3 cawan gula sedikit demi sedikit sambil terus diputar dengan kelajuan perlahan. 

Naikkan kelajuan sederhana, masukkan vanilla, garam dan 2 sudu besar cream atau susu dan diputar selama 3 minit. 

Jika perlu, tambahkan baki gula atau jika terlebih pekat, tambahkan baki susu sebanyak 1 sudu besar pada satu masa. 



{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger