Ini adalah entri yang lama tertangguh disebabkan kamera rosak. Mood untuk menulis pun masa tu agak kurang. Hari ini jer baru terasa ingin menulis berkenaan lauk kegemaran saya ini iaitu hati lembu. Hati ini saya bawa balik dari kampung semasa majlis korban dan menunggu masa yang sesuai untuk memasaknya kerana saya tahu suami dan anak anak tak suka makan hati lembu. Kebetulan saya dah lama menyimpan resepi yang disalin dari blog CMG iaitu Hati Lembu Masak Lempap. Nampak macam sedap dan bahan bahan yang digunakan juga sangat simple. Lagi pulak, saya memang sangat menggemari hati lembu. Tapi macam biasalah, saya hanya suka makan seketul dua sahaja pada satu satu masa. Kalau banyak banyak pun, terasa muak pulak.
Biasanya saya hanya makan hati yang digoreng dengan garam kunyit sahaja yang kemudiannya ditabur bawang besar dan cili hijau. Tak reti makan masakan yang berempah ni, al maklumlah saya hanya budak kampung yang makan ala kadar sahaja, makan apa sahaja yang dimasak oleh bonda saya yang sibuk bekerja membantu arwah ayahanda untuk menyara kami adik beradik. Kalau nak makan yang istimewa sikit, kena tunggu makanan yang dihidangkan pengantin semasa makan beradat. Hee betul ke gitu ejaannya ni. Jadi bila nampak resepi Masak Lempap ni, teruja lah untuk mencuba. Lagi pulak, saya tak tahu apa maknanya lempap tu, tak pernah pulak mendengarnya sebelum ini. Kalau lembab tu tahu lah jugak....
Jom layan resepi. Gambar ni diambik dengan menggunakan kamera handphone masa kamera rosak hari tu. Dah lah tu, comot pulak. Tak apalah sebab saya nak abadikan resepi di sini untuk rujukan di masa akan datang... Saboor jer
Hati Lembu Masak Lempap
600 gram hati lembu
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
Kicap cair secukup rasa
1 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*
1 camca teh lada hitam biji*
Sedikit gula
2 ulas bawang putih, cincang halus
Hirisan daun sup untuk hiasan
Sedikit minyak untuk menumis
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
Kicap cair secukup rasa
1 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*
1 camca teh lada hitam biji*
Sedikit gula
2 ulas bawang putih, cincang halus
Hirisan daun sup untuk hiasan
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan Kisar Halus:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai, hiris
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
Cara cara:
Hati lembu dihiris nipis dan lebar lebar. Gaul dengan tepung gandum dan perap sekejap, kemudian cuci bersih dan toskan. Sangrai atau goreng tanpa minyak bahan2 bertanda (*) hingga harum, kemudian kisar hingga halus, gunakan kisar bahan kering. Ketepikan.
Masukkan hati lembu tadi dalam satu bekas, tambah bahan kisar halus dan rempah yang dikisar kering tadi. Masukkan sedikit garam dan gaul rata. Perap sekurang2nya 1 jam atau semalaman untuk lebih berperisa.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih cincang hingga harum. Masukkan hati lembu, gaul rata dan masak hingga mendidih. Kecilkan api dan terus memasak hingga pekat. Masukkan kicap cair secukup rasa dan secubit gula. Kacau rata.
Tambah bawang besar dan gaul rata. Masak hingga bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup sebelum dihidangkan bersama nasi panas...
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar