Gulai Darat Ayam bersama Telur Rebus Lauk Nasi Dagang

Bookmark and Share








Di samping menyediakan Gulai Ikan Tongkol Stail Terengganu sebagai lauk Nasi Dagang Terengganu di SINI, saya juga menyediakan Ayam Gulai Darat Stail Kelantan yang memang sedap dimakan bersama Nasi Dagang. Tapi rasanya ramai yang tahukan bahawa Nasi Dagang Terengganu tak sama dengan Nasi Dagang Kelantan. Pertamanya Nasi Dagang Terengganu dimasak menggunakan beras wangi putih dan setengahnya dicampurkan beras pulut. Sedangkan di Kelantan, dimasak menggunakan beras khas Nasi Dagang Kelantan yang berwarna ungu kebiruan. Selain nasi, lauk nasi dagang Terengganu banyak menggunakan Ikan Tongkol yang berwarna hitam berbatik, sirip panjang dan punya isi berwarna putih. Sedangkan Nasi dagang Kelantan banyak menggunakan Ikan Tongkol putih yang punya isi berwarna gelap kehitaman.



Di samping itu, gulai Nasi Dagang Terengganu dimasak dengan rempah yang dimasak lama sehingga keluar minyak. Kebiasaannya ikan dipotong besar besar dan semasa menghidang, penjual akan mencubit isi ikan. Di Kelantan pulak, ikan dimasak dengan bahan bahan kisar dan berwarna kuning dan ikan dipotong kecil kecil. Di samping gulai ikan Tongkol, nasi dagang Terengganu dihidang bersama acar timun. Di Kelantan pulak, dihidang bersama sambal kelapa goreng, telur rebus dan hirisan timun. Saya memang sangat menggemari sambal kelapa goreng yang ditumbuk dengan ikan rebus, bawang merah, serai dan sedikit garam. Tak lengkap makan nasi dagang tanpa sambal kelapa ini.



Panjang pulak berceloteh pasal perbezaan antara nasi dagang Terengganu dan nasi dagang Kelantan ya. Sebenarnya selain ikan tongkol, lauk nasi dagang Kelantan juga ialah Ayam Gulai Darat yang saya sediakan pada hari ini. Manakala telur yang direbus, juga dimasak bersama sama Gulai Ayam untuk dijadikan lauk sampingan Nasi Dagang. Aduuh kalau bercakap pasal masakan Kelantan ni, memang tangkap meleleh air liur. Heran juga kalau dikirakan usia saya sekarang, saya hidup di Kuala Lumpur lebih lama dari di Kelantan tapi selera saya tetap selera Kelantan. Jomlah layan resepi Gulai Darat yang saya salin dari Kak Tengku Kamaliah juga....





Gulai Darat Ayam  Nasi Dagang Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong ikut suka
3 sudu besar serbuk kari ayam
Santan
Garam
Gula
5-6 biji lada merah/hijau - belah 2
1-2 asam keping
2-3 biji telur rebus - buang kulit

Bahan kisar:
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
1 inci kunyit

Cara cara
Masukkan ayam yang telah dibersihkan ke dalam periuk dan masukkan bahan bahan kisar, masaklah sehingga air agak kering.
Masukkan santan, garam, gula, asam keping dan serbuk perasa. Akhir sekali, baru dimasukkan lada.
Masaklah hingga agak pekat dan bolehlah diangkat.



{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger