Durian Cream Layer Cake

Bookmark and Share







Sejak balik dari Penang, masih teringat ingat kek yang bertopping fresh cream yang sedap yang diorder dari coffee house hotel. Oleh kerana durian yang dibawa balik dari kampung masih banyak tersimpan dalam freezer, Juita bertanyakan jika mahu dibuat Durian Layer Cake. Hati terasa sangat seronok kerana dapatlah kek di hias dengan fresh cream. Walau bagaimana pun, apa yang dirancang kadang kadang tidak kesampaian. Puas mencari non dairy whipping cream untuk dibuat topping, tapi tak dijumpai. Hari pulak hujan dari pagi, jadi nak keluar mencari ke kedai kedai lain, memang agak leceh lah sikit. Akhirnya gunalah whipping cream sahajalah. Resepi yang digunakan diambil di blog sahabat saya di SINI.  


Ini lah hasil Durian Layer Cake yang disediakan oleh Juita. Saya cuma tolong tolong apa yang patut sahaja. Walaupun frostingnya tidak seperti yang saya inginkan, dan kejadiannya tidak secantik kek kek yang disediakan oleh kawan kawan lain, namun kek ini sangat sedap terutama penggemar durian tegar macam saya ini. Jom layan resepi dulu....





Durian Cream Layer Cake

Sponge cake:
Bahan A
4 biji kuning telur
40g gula kaster

Bahan B
2 sb susu segar
56g minyak jagung

Bahan C
1/2 sk esen vanila
80g tepung superfine, diayak
1/2 sk baking powder

Bahan D
4 biji putih telur
80g gula kaster
1/4 tsp cream of tartar

Cara cara:
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang bersaiz 8", griskan dan alaskan dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Pukul bahan A iaitu kuning telur dan gula hingga kembang selama 2 minit.

3. Panaskan bahan B lebih kurang 20 saat dan terus masukkan ke dalam adunan A tadi, gaul guna hand whisk. Kemudian, masukkan bahan C, gaul lagi hingga sebati. Ketepikan.

4. Pukul bahan D hingga kembang dan pekat.

5. Ambil 1/2 adunan bahan D, kaup balikkan kedalam adunan tadi. Masukkan lagi baki bahan D dan kaup balikkan hingga sebati.

6. Tuang adunan kedalam loyang dan bakar pada suhu 160C selama 40 - 45 minit atau hingga masak, sejukkan sepenuhnya atas wire rack.




Durian cream filling

Bahan A
650g isi durian
1 sb gula kaster

Bahan B
1 sk gelatin
3 sb air panas

Bahan C
200ml whipping cream
1 sb gula kaster

Cara membuat filling:
1. Masak bahan A dalam periuk hingga mendidih sambil mengacau. Matikan api dan sejukkan.

2. Satukan bahan B, cairkan guna double boiler. Ketepikan.

3. Pukul bahan C hingga hingga kembang dan pekat. Masukkan bahan A yang telah dimasak tadi (langkah 1), pukul lagi. Kemudian, masukkan pula bahan B tadi, pukul sebati, jika filling terlalu cair, sejukkan dulu dalam peti sejuk selama 1 -2 jam baru gunakan.


Hiasan
250g fresh cream, dipukul hingga pekat
Sedikit kepingan badam panggang

Cara cara menyusun kek:
1. Potong sponge kek kepada 3 lapisan. Letakkan cake ring atas cake board ikut size lebar sponge kek tadi.

2. Letakkan lapisan kek yang pertama dalam cake ring, sapukan 1/2 adunan filling atasnya, letakkan pula lapisan kek yang kedua, tuang lagi baki filling tadi dan ratakan. Letak lapisan kek yang terakhir atasnya, bungkus atas cake ring tadi guna plastic wraper dan sejukkan selama 3 jam.

3. Tanggalkan cake ring, sapukan kemas fresh cream keseluruhan kek.

4. Akhir sekali. tabur kepingan badam panggang di sekeliling kek. Sejukkan lagi selama 1 jam baru dipotong.





{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger