Azie Kitchen Dalam Majalah AROMA Januari 2013

Bookmark and Share






Jangan lupa untuk mendapatkan majalah AROMA Januari 2013 iaitu majalah  masakan yang sangat terkenal di kalangan food blogger dan juga mereka yang gemar masak memasak. Resepi dari blog Azie Kitchen yang dikongsi adalah resepi biasa biasa sahaja. Maklumlah saya  bukan lah wanita yang memasak setiap hari dek kesibukan tugas di pejabat. Bila balik dari pejabat, jika rasa larat, saya akan masuk ke dapur. Lebih lebih lagi sekarang, laling hubby dah mengurangkan pengambilan nasi. Maka saya pun kenalah juga mengurangkan aktiviti memasak nasi dan lauk pauk sebagai sokongan.




Lagi pulak kebelakangan ini, saya agak tidak berapa sihat selepas menjalani prosedur untuk merawat masalah buldge disk di L4 dan L5 yang telah bertahun tahun saya alaminya. Kadang kadang saya berputus asa, maklumlah umur bukanlah tua lagi, tapi saya sudah mengalami sakit belakang yang mengganggu aktiviti harian saya. Bagaimana jika saya telah pencen berpuluh tahun akan datang, itulah yang saya selalu fikirkan. Saya sentiasa berdoa selepas solat supaya diberikan kesihatan, kekuatan dan kemudahan untuk beribadat kepada Allah sepanjang hayat. Aduhaai dari nak bercerita pasal majalah  AROMA, kot boleh meleret pasal masalah kesihatan saya pulak.

OK lah kawan kawan semua, jangan lupa mendapatkan senaskhah majalah AROMA Januari 2013 yang telah berada di pasaran hari ini juga. 






{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger