Kenapa orang ramai di hospital sehinggakan bilik penuh sedangkan hari ini hari bekerja. Hati tertanya tanya sehingga hubby memberitahu yang ramai orang ingin bersalin hari ini iaitu pada 12.12.12. Oohh sempena mengambil tarikh yang cantik ini ya. Hahaha yang saya ni, buat apa pulak ada kat Tropicana Medical Centre ni, bukankah semalam sudah discharge ke? Hmmm betul lah kalau ada yang berfikiran begitu.
Sebenarnya saya memang dah discharge semalam, tapi hari ni saya ke hospital untuk menjalani rawatan physiotherapy. Di samping itu, malam tadi anak saya Hafez yang sedang menuntut di UiTM Segamat menelefon memberitahu yang dia sesak nafas, sakit dada, kaki kebas dan berpeluh peluh. Kami meminta beliau balik segera dan terus admit melalui emergency untuk menjalani rawatan. Maklum budak budak sekarang muda muda pun dah ada yang sakit jantung dan sebagainya. Kami kenal anak sahabat kami yang diserang sakit jantung pada umur 25 tahun. Masih bujang dan anak seorang doktor pulak, jadi kita tak boleh memandang mudah bila anak anak menunjukkan tanda tanda sebegini. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah kerana pemeriksaan awal menunjukkan keadaan jantung beliau yang normal.
Berbalik pada sakit saya pula, memang dah lama saya mengalami buldge disc yang mengganggu aktiviti harian saya seperti untuk beribadat dsb. Saya selalu risau kerana jikalau ianya berterusan, bagaimana hendak saya jalani hidup selama 20 ke 30 tahun lagi, jika dipanjangkan umur. Insya Allah. Maklum bila sakit seperti ini, apa dibuat pun semua tak selesa. Baring pun tak selesa, duduk pun tak selesa dan berdiri pun lagi tak selesa. Bila diberi cuti sakit yang panjang, perkara yang berlegar dalam kepala ialah kerja kerja di pejabat. Tapi kalau difikirkan balik, kerja di pejabat tak akan pernah habis. Saya ingin pulih dan sihatkan badan dan kembali dengan azam baru di tahun 2013 untuk bekerja dengan bersungguh sungguh sebagai ibadah untuk tunggangan ke akhirat. Saya yakin hanya Allah yang boleh menentukan segalanya walaupun saya mungkin berhadapan dengan orang orang yang menjadikan hidup kita menjadi sukar. Ya Allah jauhilah orang orang yang zalim dari dalam hidupku. Jadikan lah aku orang yang beriman dan bertakwa. Berilah aku kesihatan, kekuatan dan kemudahan untuk beribadat kepada Mu sepanjang hayat ku. Ameen. Makbulkan lah....
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar